Salam Ukhuwah


Selasa, 20 November 2012

Rancangan Pengajaran Harian 2


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh              :  21. 02. 2012
Tahun              :  Enam Inovatif (6 I)
Masa                :  10.40 am -11.40 am
Tema               :   Kesihatan
Tajuk               :  Gaya Hidup Sihat

Fokus Utama   :
2.1        bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan  
             intonasi yang baik dan jelas
                                    
                       Aras 1
                           (i)      Bercerita secara spontan mengenai sesuatu perkara dengan nada 
                                     intonasi dan gaya yang sesuai.                                

Fokus Sampingan:
                        8.2       Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
                                    penulisan teks tentang sesuatu tajuk..
                        Aras 1
                           (ii)     Mengajukan soalan yang menggunakan kata tanya dan   tanpa kata                                
                                     tanya  untuk mendapatkan huraian dan  penerangan.
                   
Objektif                       : Pada akhir pelajaran, murid dapat:-

1.     Bercerita tentang sesuatu perkara semula dengan menggunakan perkataan sendiri.

2.      Menulis jawapan pemahaman berdasarkan bahan bacaan.
        
3.      Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Kemahiran Bahasa :
Kemahiran menulis,
Kemahiran membaca,
Kemahiran mendengar dan
Kemahiran bertutur.

                            Sistem Bahasa    :
 Tatabahasa  : Imbuhan awalan
 Kosa Kata   : Pemakanan. Amalan, menyerap
                      



Pengisian Kurikulum   :

Ilmu                 - Sains dan kesihatan
                           Kewarganegaraan.
Nilai Murni      - Bertanggungjawab, rasional dan kesyukuran.
                                     
Peraturan sosiobudaya :
                        = Budaya mencintai kebersihan dan keceriaan
                        = Kata sapaan yang santun
Kemahiran Bernilai Tambah :-
1    Kemahiran Berfikir – Menentukan urutan, menjana idea, merumus,
2.   Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi – Mengakses maklumat
3.   Kemahiran Belajar Cara Belajar – merujuki sumber, membaca pantas
4.   Pembelajaran Konstruktivisme


Bahan Bantu Mengajar:
                                -   Kamus Dewan, CD-ROM, Laman web, LCD, Komputer,
                                    Lembaran Kerja,  Petikan, kertas mahjung, pen marker.

Pengetahuan Sedia Ada:
                    -  Murid sedang belajar di sekolah berkenaan.


Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set Induksi
( 5 minit )

- Tayang video - sebuah sekolah yang
   sangat ceria
- Guru bersoal jawab dengan murid tentang 
   tayangan tersebut  

KBT:Verbal Linguistik
BBM: CD-ROM,
           Komputer, LCD

Langkah 1
( 10 minit )

- Murid membaca teks pendek berkaitan
   dengan keceriaan sekolah yang diedarkan
   oleh guru.
- Membaca teks dengan intonasi yang kuat
  dan memahaminya.
- Guru bersoal jawab dengan murid
   berkaitan maklumat yang terdapat dalam
   teks (isi petikan dan kata tanya) .

Petikan teks

Verbal linguistik


Langkah 2
( 15 minit )
- membahagikan murid kepada lima
   kumpulan.
-Setiap kumpulan dikehendaki mencari isi penting dalam petikan yang dibaca dan mengumpul kata tanya dalam petikan tersebut.
-Ketua kumpulan diwajibkan
membentangkan hasil perbincangan dalam kumpulannya di hadapan kelas.


Belajar cara belajar
Konstruktivisme
Interpersonal
Verbal Linguistik
BBM : Kertas mahjung,
            pen Marker
KBT : Kerjasama,
         Semangat
         berpasukan

Langkah 3
( 15 minit )

Permainan tatabahasa
-Murid masih lagi dalam kumpulan.
-Setiap kumpulan dikehendaki membina lima kata tanya.
-Setiap kumpulan akan bersoaljawab antara kumpulan.Contoh kumpulan A akan bertanya kepada kumpulan B.
*Setiap soalan yang dibina mestilah berkaitan dengan keceriaan sekolah.
-Setiap kumpulan boleh mengakseskan laman web yang diberikan oleh guru

ICT
Interpersonal
Verbal Linguistik
Kontruktivisme
BCB
BBM :Komputer , laman
            web

Langkah 4
( 10 minit )

Latihan
- Murid merujuk laman web yang
  disediakan untuk menulis latihan
-Guru menjalankan aktiviti pengukuhan
  Dengan merumuskan semula isi
  pembelajaran
- Murid diminta membina ayat –
   ayat berdasarkan simulasi video tersebut.

Lembaran Kerja
Rujukan URL :
http:\\www.learner-
drivers.net/
information/tjunctions
.htm
Laman web

Penutup
( 5 minit )

-Meminta semua murid membersihkan kelas sebagai tanda sokongan untuk keceriaan kelas dan sekolah.


KBT:Kerajinan,kerjasma
Bergotong-royong

Refleksi       :

1 ulasan:

  1. Tahniah cikgu! Moga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama.

    BalasPadam