Salam Ukhuwah


Selasa, 20 November 2012

Rancangan Pengajaran Harian 3


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh              :  22.02.2012
Tahun              :  Enam Inovatif (6 I)
Masa                :  10.40 am -11.40 am
Tema               :   Kesihatan
Tajuk               :  Gaya Hidup Sihat

Fokus Utama   :
7.2        Membaca dan mengenalpasti perkataan pelbagai jenis ayat tanya dan
             gaya bahasa yang terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera yang 
             dapat membawa kesan tertenu.
                       Aras 2
                           (i)      Memilih ayat yang memberikan kesan dalam teks, prosa, dan puisi
                                     dengan menyatakan alasan.                           

Fokus Sampingan:
                        8.2       Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
                                    penulisan teks tentang sesuatu tajuk..
                        Aras 2
                           (ii)     Membina perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat
                                     majmuk.
                   
Objektif                       : Pada akhir pelajaran, murid dapat:-

1.     Bercerita tentang sesuatu perkara semula dengan menggunakan perkataan sendiri.
2.      Menulis jawapan pemahaman berdasarkan bahan bacaan.      
3.      Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Kemahiran Bahasa :
Kemahiran menulis,
Kemahiran membaca,
Kemahiran mendengar dan
Kemahiran bertutur.

                            Sistem Bahasa    :
 Tatabahasa  : Tanda baca
 Kosa Kata   : Rekreasi, diabetes, berjoging.
                      
Pengisian Kurikulum   :

Ilmu                 - Sains dan kesihatan
                           Kewarganegaraan.
Nilai Murni      - Bertanggungjawab dan kesyukuran.
                                     
Peraturan sosiobudaya :
                        -  Budaya mencintai kebersihan dan keceriaan
                        -  Kata sapaan yang santun

Kemahiran Bernilai Tambah :-
1    Kemahiran Berfikir – Membuat kesimpulan
2.   Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi – Mengakses maklumat
3.   Kemahiran Belajar Cara Belajar – merujuki sumber, membaca pantas
4.   Pembelajaran Konstruktivisme


Bahan Bantu Mengajar:
                                -   Kamus Dewan, , LCD, Komputer,
                                    Lembaran Kerja,  Petikan,

Pengetahuan Sedia Ada:
                    -  Murid sedang belajar di sekolah berkenaan.


Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set Induksi
( 5 minit )

- Gambar tunggal – Aktiviti di taman rekreasi
- Guru bersoal jawab dengan murid tentang 
   gambar tersebut  

BBM: CD-ROM,
           Komputer, LCD

Langkah 1
( 10 minit )

- Murid membaca teks pendek berkaitan
   dengan aktiviti di taman rekreasi yang diedarkan
   oleh guru.
- Membaca teks dengan intonasi yang kuat
  dan memahaminya.
- Guru bersoal jawab dengan murid
   berkaitan maklumat yang terdapat dalam
   teks.

Petikan teks

Verbal linguistik


Langkah 2
( 15 minit )

-  membahagikan murid kepada lima kumpulan.
- Setiap kumpulan dikehendaki mencari isi penting    
  dalam petikan yang dibaca dan mengumpul tanda 
  baca yang terdapat dalam petikan tersebut.
- Ketua kumpulan diwajibkan
   membentangkan hasil perbincangan dalam  
   kumpulannya di hadapan kelas.

Belajar cara belajar
Konstruktivisme
Interpersonal
Verbal Linguistik
BBM : Kertas mahjung,
            pen Marker
KBT : Membuat kesimpulan

Langkah 3
( 15 minit )

Mencatat isi penting
- Murid masih lagi dalam kumpulan.
- Setiap kumpulan diberi gambar berisiri mengenai  
  aktiviti di taman permainan.
- Setiap kumpulan dikehendaki menuliskan isi  
  penting berkaitan gambar yang diberi.
- wakil kumpulan dikehendaki membacakan isi 
   penting yang telah ditulis di hadapan kelas.

Interpersonal
Verbal Linguistik
Kontruktivisme
BCB
BBM : gambar bersiri

Langkah 4
( 15 minit )

Latihan
- Murid dikehendaki menuliskan karangan “ Gaya
  Hidup Sihat” berdasarkan gambar yang
  disediakan.
- Guru menjalankan aktiviti pengukuhan dengan  
  merumuskan semula isi pembelajaran
- Murid dikehendaki mengumpul karangan mereka 
  untuk disemak oleh guru.

Lembaran Kerja

1 ulasan: