Dalam
Tatabahasa Dewan (1993), -nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang
diletakkan pada akhir kata sahaja. Ganti nama diri ketiga, -nya digunakan
apabila kita tidak mahu menyebut nama orang yang kita bercakap tentangnya
sekali atau berulang-ulang kali.
Sebagai contoh:
1.
Saya amat simpati akan dirinya.
(Saya sangat simpati akan
Aina.)
2.
Saya memarahi Ahmad kerana dia telah memecahkan pasunya yang mahal itu.
(Saya memarahi Ahmad kerana dia telah memecahkan pasu dia yang mahal itu.)
Fungsi
–nya juga dapat digantikan dengan dia atau beliau.
Sebagai contoh:
1.
Hantar beg itu kepadanya.
(Hantar beg itu kepada dia/beliau.)
2.
Doktor Aliff telah menghantar surat peletakan jawatan kepada majikannya.
(Doktor Aliff telah menghantar surat peletakan jawatan kepada majikan beliau.)
Penggunaan
–nya yang merujuk kepada Tuhan, ditulis dengan huruf besar dan didahului oleh
tanda sempang (-). Penggunaannya terdapat dalam doa, seperti;
1.
“Hanya kepada-Nya tempat aku mengadu dan bermohon.”
Fungsi
–nya sebagai kata tugas dalam Tatabahasa Dewan terdiri daripada kata penekan
dan kata pembenda. –nya sebagai kata penekan memberikan penegasan kepada kata
yang bergabung dengannya. –nya jenis ini juga digolongkan sebagai –nya penegas.
Misalnya:
1.
Sesungguhnya,
budak itu telah difitnah sebelum ini.
2.
Pokok kelapa itu nampaknya akan tumbang.
3.
Bahawasanya,
tuntutan saman itu perlu diteruskan bagi membersihkan nama baik kita.
Kata
pembenda menurut Tatabahasa Dewan ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu
perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Sebagai contoh –nya
sebagai kata pembenda yang hadir pada akhir kata sifat itu mengubahkan kata
sifat itu menjadi kata nama.
Contohnya:
1.
Bukan kepalang rindunya kepadaku.
2.
Dia menolak batang kelapa itu dengan kuatnya.
Fungsi
–nya pada akhir kata nama membawa makna milik.
Contohnya:
1.
Kunci keretanya telah hilang.
2.
Rumah di atas puncak bukit itu rumahnya.
Penggunaan
–nya dalam ayat berfungsi sebagai objek kata kerja transitif.
1.
Lebai Musa telah menutupnya dengan papan.
2.
Moin telah mengecatnya setelah didesak oleh ibunya.
3.
Halim menumbuknya beberapa kali.
Perkataan
–nya juga digunakan untuk merujuk kepada perkataan atau perkara yang dinyatakan
sebelumnya. Pada mulanya, Ahmad hanya
mengharapkan dia lulus sahaja dalam peperiksaan itu. Namun, harapannya bertukar apabila melihat
abangnya telah memperoleh ijazah kelas pertama.
Fungsi
–nya dapat pula merujuk kepada penyertaan. –nya membawa makna ‘berserta’ atau
‘bersama-sama’.
1.
Siapakah yang belajar dengannya semalam.
2.
Ridzuan sedang bergurau dengannya di depan rumah.
-nya
juga menunjukkan manfaat. Ada pihak lain yang mendapat manfaat daripada sesuatu
perbuatan.
1.
Sudin menghadiahkan jam tangan yang mahal kepadanya.
2.
Ibu memasakkan bubur untuk tetamunya.
Penanda
wacana juga menggunakan –nya.
1.
Kita mestilah berfikir semasak-masaknya apabila membuat pilihan. Seandainya,
kita salah membuat pilihan, maka musnahlah impian kita.
1.
Kesimpulannya,
semua pihak perlulah bekerjasama untuk menjayakan wawasan negara.
Kesilapan dalam
penggunaan –nya.
1.
Kata ganti diri ketiga ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ‘ianya’.
Contoh:
a. Penagihan dadah dalam kalangan
pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang ianya akan menular. (X)
b. Penagihan dadah dalam kalangan
pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang perbuatan itu akan menular. (√)
2.
Ayat yang hendak dipasifkan, bentuk –nya harus digantikan dengan kata atau frasa
nama yang utuh. Binaan ayat tidak dapat diterima, jika –nya tidak
digantikan. Rujuki ayat 1 dan 6 di bawah ini.
1. Nya telah ditutup oleh Lebai
Musa dengan papan. (X)
2. Lubang telah ditutup oleh Lebai
Musa dengan papan. (√)
3. Nya telah dicat oleh Moin
setelah didesak oleh ibunya. (X)
4. Bilik telah dicat oleh Moin
setelah didesak oleh ibunya. (√)
5. Nya ditumbuk oleh Halim beberapa
kali. (X)
6. Ahmad ditumbuk oleh Halim
beberapa kali. (√)
Perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat kepada pengunjung blog ini. Syabas!
BalasPadam