Salam Ukhuwah


Khamis, 20 Disember 2012

BAHASA KIASAN


Bahasa Kiasan atau Bahasa Perbandingan adalah kata-kata yang disusun secara ringkas dan khas.Kata-kata itu untuk menunjukkan keadaan seseorang atau sesuatu benda, iaitu dengan cara yang dikhaskan atau dibandingkan dengan benda, orang serta perkara lain.
Bahasa Kiasan digunakan untuk menguatkan dan menjelaskan maksud sesuatu yang diucapkan dan mengindahkan bahasa. Selalunya, Bahasa Kiasan menggunakan perkataan-perkataan :  seperti, bagai, macam, bak, laksana, umpama.

   
   adil laksana hakim
   angkuh seperti merak
   baik seperti nabi
   bebas seperti burung di angkasa
   becok seperti murai
   bengkang-bengkok seperti ular kena 
   palu
   berani seperti naga
   berat seperti batu
   berderai seperti kaca terhempas ke batu
   bersih seperti kain putih
   bersinar seperti permata
   besar seperti gajah
   
   betul bagai bendul
   bijak laksana pendeta
   bisa seperti racun
   bodoh seperti lembu ; seperti keldai
   bulat seperti
   busuk seperti bangkai
   cantik laksana bidadari
   cerah bagai siang
   cerdik seperti Sang Kancil
   cepat bagai kilat
   dalam bagai lautan
   degil seperti keldai
   gagah seperti gergasi
   garang seperti harimau
    gebu seperti kapas
    gelap bagai malam
    gelora bagai lautan
    gemuk seperti badak
    halus seperti baldu
    hangat seperti bara
    hangus seperti arang
    harum seperti bunga
    hijau seperti rumput
    hina seperti kucing kurap
    hitam seperti kuali; seperti arang
    ikal seperti mayang
    jahat laksana setan
    jernih seperti cermin
    jinak seperti merpati
    jingga seperti pingang masak 
    kasar seperti kulit nangka
    kaku sepeerti mayat
    kecil seperti semut
    kencang seperti ribut
    keras seperti besi ; batu
    kering seperti kemarau
    kesat seperti pasir
    kotor seperti najis
    kuat seperti Badang
    kuning seperti kunyit
    
   kurus seperti lidi
    laju seperti kilat
    lambat seperti siput
    lembik seperti agar-agar
    lemak seperti santan
    lembut seperti sutera
    licin macam belut
    ligat macam gasing
    luas bagai  lautan
    lurus seperti bendul
    mahal seperti berlian 
    malas seperti keldai
    manis seperti gula ; madu
    masam seperti cuka
    masin seperti garam
    meluru seperti babi hutan
    menangis bagai kanak-kanak
    merah seperti biji sagu (darah)
    merdu bagai buluh perindu
    miang seperti keladi
    miskin laksana pengemis
    mulia laksana raja
    nikmat bagai di syurga
    nipis seperti kertas
    pahit seperti jadam ; hempedu
    panas macam api
    panjang seperti sungai
    pantas seperti kijang
    pedas seperti cili
    pekak seperti badak
    pemalu seperti kongkang
    putih seperti kapas
    rajin seperti semut
    ringan seperti kekabu
     sabar laksana nabi
     sayang bagai nyawa
     sejuk seperti salji ;air batu
     senang laksana raja
     sial seperti biawak
     sibuk seperti lebah
     siksa bagai di neraka
    tajam seperti pedang
    takut seperti tikus
    tawar seperti air
    tenang seperti tasik
    terang seperti bersuluh
    tinggi seperti galah
    ungu seperti biji kundang
    wangi seperti bunga
    zalim laksana Firaun

PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.
Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.
Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:

Penjodoh Bilangan
penggunaannya
Contohnya
angkatan
untuk sekumpulan manusia atau benda
kapal, tentera, pelukis, penulis
baris
untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris
orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi
batang
untuk menunjukkan benda-benda yang panjang
sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum
bentuk
untuk benda-benda kecil yang berkeluk
mata kail, subang, cincin
berkas
untuk benda-benda yang diikat bersama-sama
kunci, lidi, kayu
bidang
untuk benda-benda yang terbentang luas
tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar
biji
untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil
labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
Bilah
untuk benda-benda yang tajam
parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
buah
untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu
kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera
buku
untuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkah
sabun, roti, benang
butir
untuk benda-benda yang bulat atau kecil
telur, batu, manik, beras, peluru
carik/cebis
untuk benda-benda yang dikoyakkan
kertas, kain
cubit
untuk benda yang diambil sedikit dengan jari
garam, gula, kunyit
cucuk
untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi
sate
das
untuk bunyi letupan atau tembakan
meriam, pistol, senapang
deret
untuk benda-benda yang tersusun
bangunan, rumah, kedai, kereta
ekor
untuk semua jenis binatang
nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama
genggam
untuk benda-benda yang digenggam
pasir, beras, padi
gugus
untuk buah-buah ataupun benda
anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci
gulung
untuk benda-benda yang bergulung
filem, permaidani, tikar, dawai, kertas
helai
untuk benda-benda yang nipis dan lebar
daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput
ikat
untuk benda-benda yang diikat
kayu, lidi, tebu, sayur, papan
iris
untuk benda-benda yang dipotong kecil-kecil
bawang, timun, daging, buahbuahan
jambak
untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
bunga, kunci
kaki
untuk benda-benda yang bertangkai
payung, cendawan, bungs
kawan
untuk kumpulan haiwan
lembu, kambing, lebah, gajah, merpati
kelompok
untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan benda
burung, awan, pulau, bintang
kepal
untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan
nasi, pulut, tanah
keping
untuk benda-benda yang nipis atau pipih
roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah
kerat
untuk bahagian benda-benda yang dipotong
roti, tiang
Ketul
untuk benda-benda yang berketul dan padu
ais, daging, tulang, sabun, roti
Kotak
untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak
mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk
kuntum
untuk bungs
mawar, melati, anggerik
Laras
untuk senjata api
pistol, senapang, meriam
lembar
benda-benda yang lurus dan panjang
kertas, dawai, benang
longgok
untuk benda-benda yang berada dalam longgokan
durian, pakaian, tanah, cili
naskhah
untuk bahan bacaan yang berjilid
surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku
Orang
untuk manusia
guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen
Papan
untuk benda-benda yang berbentuk kepingan
coklat, petai, mercun
pasang
untuk benda dan manusia yang berpasangan
pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak
pangsa
untuk bahagian dalam buah
durian
pasukan
untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam
pemain kompang, polis, tentera pengakap
patah
untuk kata
perkataan, kata-kata
potong
untuk benda-benda yang sudah dipotong
kuih, daging, roti
pucuk
untuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api
jarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung
puntung
untuk sebahagian benda yang masih menyala
rokok, bara, kayu api
rangkap
untuk puisi
pantun, sajak, syair
rawan
untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat
jala, jaring, pukat
ruas
untuk benda yang beruas-ruas
tebu, buluh
rumpun
untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat
buluh, tebu, serai, pandan, padi
sikat/sisir
untuk buah pisang
pisang
tandan
untuk buah-buahan yang bertandan
pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
tangkai
untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai
rambutan, duku, kenanga, padi, daun
titik
untuk cecair yang menitis
air, darah, dakwat, embun
tongkol
untuk buah yang bertongkol
jagung
ulas
untuk isi buah-buahan yang berpangsa
durian, limau, nangka, cempedak
urat
untuk benda-benda yang halus dan panjang
rambut, benang, dawai,
utas
untuk benda-benda yang panjang
tali, dawai, rantai