Salam Ukhuwah


Jumaat, 25 Januari 2013

SEDIH LA PULAK





Majlis pertukaran Tn. Syed Dzul B. Syed Mohd Aris,
 PK Kokurikulum SK Ayer Hitam ke SK Sungai Kerawai sebagai PK HEM.

Cikgu Syed bersalaman dengan murid-murid SK Ayer Hitam





Cikgu Syed berucap di majlis jamuan pertukaran beliau.

Hadiah dari sekolah di sampaikan oleh Pn Hjh Zalina
PK Pentadbiran SK Ayer Hiam.

Hadiah dari Kelab Staff SK Ayer Hitam disampaikan oleh
En. Khairudin B. Nasri, PK HEM SK Ayer Hitam



Isnin, 21 Januari 2013

MARI MEMANCING



Pertandingan memancing sempena Hari Kokurikulum 2012 Sekolah Kebangsaan Ayer HItam. Seramai 30 orang murid telah menyertai acara ini. Sebanyak 56 ekor ikan telah berjaya dipancing dalam masa dua jam pertandingan ini dijalankan.


Pertandingan memancing  di kolam ikan sekolah.
En. Khairudin B. Nasri PK HEM 

Tn. Syed Dzul B. Syed Mohd Aris PK Kokurikulum
memberi panduan memancing kepada peserta memancing.

Guru Besar, En. Dzulkifli B. Abdul Rahman turut mencuba memancing ikan.

Guru Program Penutur Jati turut berkesempatan melihat
pertandingan memancing yang di jalankan.

Khamis, 20 Disember 2012

ANALISIS KESALAHAN TATABAHASA



“Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang”
contoh ayat : Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.
(Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa nama *nangka gulai* , unsur yang diterangkan ialah nangka. )
salah
Betul
Cili sos
Mini perpustakaan
Zaleha Restoran
Jaya Klinik
Sos cili
Perpustakaan mini
Restoran Zaleha
Klinik Jaya

Kata jamak
salah
betul
mereka-mereka
semua kereta-kereta
para-para pelajar
empat orang abang-abang
mereka
semua kereta
para pelajar
empat orang abang

kata penguat
salah
betul
sangat tinggi sekali
sungguh jauh sekali
paling indah sekali
amat menakutkan sekali
sangat tinggi
sungguh jauh
paling indah
amat menakutkan

kata adjektif dan imbuhan “ter” tanpa penguat.
Salah
betul
Sani mendapat markah yang tertinggi sekali.
Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu.
Sani mendapat markah yang tertinggi .
Hassan ialah peserta yang termuda dalam pertandingan itu.

kata hubung
Salah
betul
Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.
Badannya besar kecuali kakinya kecil.
Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya.
Badannya besar tetapi kakinya kecil.

Kata bilangan
Salah
betul
Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.

Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagaiaktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
Beribu- ribu  peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.

7. Kata Sendi
        
 i - Dari
Salah
betul
Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.
Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.
Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.

ii - Daripada
Salah
betul
Tilam itu dibuat dari getah asli.
Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.
Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.
Tilam itu dibuat daripada getah asli.
Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.
Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.

iii - Pada
Salah
betul
Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan.

Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
Kita mestilah menumpukan taat setia dengannegara.
Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan.
Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
Kita mestilah menumpukan taat setia pada negara.

iv - Di
salah
betul
Saya dilahirkan diSarawak.
Ayah awak bekerja dimana ?
Saya dilahirkan di Sarawak.
Ayah awak bekerja di mana ?

Penjodoh bilangan
salah
betul
Setiap orang pelajar.
Sesetengah orang rakyat.
Seluruh buah negeri.
Semua ekor binatang.
Setiap pelajar.
Sesetengah rakyat.
Seluruh negeri.
Semua binatang.

Kata ganti diri
salah
betul
Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai polis.
Kau tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.
Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai polis.
Cikgu tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.

Kata adjektif
salah
betul
Masakan yang dihidangkan oleh ibunya  benar lazat.
Pemandangan di pantai yang nian indah itu mempesonakannya.
Masakan yang dihidangkan oleh ibunya lazat benar..
Pemandangan di pantai yang indah nian itu mempesonakannya.
kata kerja transitif
salah
betul
Ibu sedang jahit baju kurung.
Ayah selalu cuci keretanya.
Ibu sedang menjahit baju kurung.
Ayah selalu mecuci keretanya.

Ayat pasif
salah
betul
Cerpen itu telah dikarang oleh saya.
Latihan itu mesti dibuat oleh kau.
Cerpen itu telah saya karang..
Latihan itu mesti kaubuat.

Kata tanya
salah
Betul
Kamu berasal dari manakah ?
Apa nama pengawas itu ?
Bila ayah akan pulang ?
Binatang peliharaan awak bernama siapa ?
Kamu berasal dari mana ?
Siapakah nama pengawas itu ?
Bilakah ayah akan pulang ?
Binatang peliharaan awak bernama apa ?

Ejaan
salah
Betul
Kanak-kanak itu di bawa oleh ibunya ke hospital.

Kucing itu tidur dibawah meja.
Amin mendapat tempat ke tiga dalam acara itu.

Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab.

Ibu bapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak.

Orang tua itu mewasiatkan harta pesakanya kepada anaknya yang bongsu.
Kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke hospital.
Kucing itu tidur di bawah meja.
Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu.
Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab.
Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.
Orang tua itu mewasiatkan  harta pusakanya  kepada anaknya yang bongsu.

BAHASA KIASAN


Bahasa Kiasan atau Bahasa Perbandingan adalah kata-kata yang disusun secara ringkas dan khas.Kata-kata itu untuk menunjukkan keadaan seseorang atau sesuatu benda, iaitu dengan cara yang dikhaskan atau dibandingkan dengan benda, orang serta perkara lain.
Bahasa Kiasan digunakan untuk menguatkan dan menjelaskan maksud sesuatu yang diucapkan dan mengindahkan bahasa. Selalunya, Bahasa Kiasan menggunakan perkataan-perkataan :  seperti, bagai, macam, bak, laksana, umpama.

   
   adil laksana hakim
   angkuh seperti merak
   baik seperti nabi
   bebas seperti burung di angkasa
   becok seperti murai
   bengkang-bengkok seperti ular kena 
   palu
   berani seperti naga
   berat seperti batu
   berderai seperti kaca terhempas ke batu
   bersih seperti kain putih
   bersinar seperti permata
   besar seperti gajah
   
   betul bagai bendul
   bijak laksana pendeta
   bisa seperti racun
   bodoh seperti lembu ; seperti keldai
   bulat seperti
   busuk seperti bangkai
   cantik laksana bidadari
   cerah bagai siang
   cerdik seperti Sang Kancil
   cepat bagai kilat
   dalam bagai lautan
   degil seperti keldai
   gagah seperti gergasi
   garang seperti harimau
    gebu seperti kapas
    gelap bagai malam
    gelora bagai lautan
    gemuk seperti badak
    halus seperti baldu
    hangat seperti bara
    hangus seperti arang
    harum seperti bunga
    hijau seperti rumput
    hina seperti kucing kurap
    hitam seperti kuali; seperti arang
    ikal seperti mayang
    jahat laksana setan
    jernih seperti cermin
    jinak seperti merpati
    jingga seperti pingang masak 
    kasar seperti kulit nangka
    kaku sepeerti mayat
    kecil seperti semut
    kencang seperti ribut
    keras seperti besi ; batu
    kering seperti kemarau
    kesat seperti pasir
    kotor seperti najis
    kuat seperti Badang
    kuning seperti kunyit
    
   kurus seperti lidi
    laju seperti kilat
    lambat seperti siput
    lembik seperti agar-agar
    lemak seperti santan
    lembut seperti sutera
    licin macam belut
    ligat macam gasing
    luas bagai  lautan
    lurus seperti bendul
    mahal seperti berlian 
    malas seperti keldai
    manis seperti gula ; madu
    masam seperti cuka
    masin seperti garam
    meluru seperti babi hutan
    menangis bagai kanak-kanak
    merah seperti biji sagu (darah)
    merdu bagai buluh perindu
    miang seperti keladi
    miskin laksana pengemis
    mulia laksana raja
    nikmat bagai di syurga
    nipis seperti kertas
    pahit seperti jadam ; hempedu
    panas macam api
    panjang seperti sungai
    pantas seperti kijang
    pedas seperti cili
    pekak seperti badak
    pemalu seperti kongkang
    putih seperti kapas
    rajin seperti semut
    ringan seperti kekabu
     sabar laksana nabi
     sayang bagai nyawa
     sejuk seperti salji ;air batu
     senang laksana raja
     sial seperti biawak
     sibuk seperti lebah
     siksa bagai di neraka
    tajam seperti pedang
    takut seperti tikus
    tawar seperti air
    tenang seperti tasik
    terang seperti bersuluh
    tinggi seperti galah
    ungu seperti biji kundang
    wangi seperti bunga
    zalim laksana Firaun