Salam Ukhuwah


Jumaat, 15 Mac 2013

BOLA JARING

Pertandingan Bola Jaring Kelompok 1 telah diadakan pada 14 Mac 2013 di padang SK Degong, Langkap. Pasukan bola jaring SK Ayer Hitam telah mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Tahniah juga kepada guru yang telah melatih pasukan ini. Teruskan usaha anda.

Pasukan bola jaring SK Ayer Hitam, bergambar bersama Pn. Linawaznah, 
Pn. Nor Azira, Pn. Ashira dan Pn. Siti Norhawati (PK Kokurikulum)

Aksi pemain ketika perlawanan diadakan

Tahniah, teruskan kegemilangan SKAHTI


Selasa, 12 Mac 2013

BOLA SEPAK


Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SKAHTI kerana telah berjaya menjadi naib johan Kelompok 1. Namun begitu pasukan bola sepak SKAHTI telah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua perlawanan peringkat kumpulan. Perlawanan ini telah di adakan di padang SJK(T) Ladang Sussex. Tahniah juga diucapkan kepada guru yang telah melatih pasukan ini.

Pasukan Bola Sepak SK Ayer Hitam bergambar bersama 
Jurulatih iaitu En. Azizzul dan En. Shahril serta 
Pengurus Pasukan En. Shuhaimi
Sedang bersiap
Aktiviti memanaskan badan.

Pengurus pasukan En. Shuhaimi menerima Sijil serta medal sebagai 
Naib Johan Kelompok 1, daripada PK HEM SJK(T) Ladang Sussex.

Pasukan bola sepak SKAHTI bergambar bersama medal yang dimenangi.


Isnin, 11 Mac 2013

MERENTAS DESA NEGERI

Tahniah diucapkan kepada dua orang peserta dari SK Ayer Hitam yang telah berjaya membantu pasukan merentas desa Daerah Hilir Perak mencapai kejayaan di peringkat negeri.
Mereka ialah Muhammad Farhan B. Haslam dan Siti Nurhaida Bt. Shahruzi. Pertandingan merentas desa negeri diadakan di Kolej Vokasional Seri Iskandar pada pada 1 dan 2 Mac 2013. 

Peserta merentas desa peringkat Negeri Perak


          Muhammad Farhan B. Haslam
Pencapaian :-
Berpasukan Negeri- Gangsa
Individu Daerah      - Tempat ke-8
Individu Kelompok / Zon     - Tempat ke-2

Siti Nurhaida Bt. Shaharuzi
Pencapaian:-
Berpasukan Negeri - Johan
Individu Negeri - Tempat ke-7
Individu Daerah - Tempat ke-3
Individu Kelompok / Zon - Tempat ke-15


Rabu, 6 Mac 2013

MTQ ZON 1

Pertandingan MTQ Zon 1 telah diadakan pada 4 Mac 2013. Pertandingan ini melibat sekolah di Kelompok 1 dan Kelompok 2. SK Ayer Hitam menjadi tuan rumah bahagian perempuan manakala SK Chikus menjadi tuan rumah bagi peserta lelaki. Sebanyak 17 buah sekolah telah menyertai acara ini.

Peserta bercerita SK Ayer Hitam, Muhammad Hakimi B. Jaafar Shah
Peserta sedang menunggu giliran bagi bercerita bahagian perempuan
Hakim bercerita bahagian perempuan
Peserta bercerita perempuan, SK Ayer Hitam, Nur Ghanisah Bt. Muhammad
Nur Ghanisah Bt. Muhammad
Peserta Tilawah SK Ayer Hitam, Nurul Ummairah Bt. Maswari
Peserta Tilawah sedang menunggu giliran
Hakim bahagian Tilawah
Peserta hafazan SK Ayer Hitam, Nur Farah Shafiqah Bt. Mohamad Shafie
Hakim bahagian Hafazan

Rabu, 27 Februari 2013

AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA

Majlis penutupan aktiviti kelab Rukun Negara telah diadakan 
pada 27 Februari 2013. Pelbagai aktiviti telah disertai oleh
murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Hadiah telah disampaikan 
oleh Guru Besar, En. Dzulkifli B. Abdul Rahman.

                  Saksikan deklamasi sajak oleh murid Tahun 1.




Pengacara majlis Pn. Linawaznah disamping hadiah
yang akan disampaikan kepada  para pemenang. 
Murid memberikan tumpuan kepada acara yang disampaikan.

Hakim acara iaitu En. Mohamad Shafei, Pn. Normala dan Pn Fatthima
Acara deklamasi sajak
Nyanyian lagu Patriotik
Koir murid Tahun 4 Inovatif
Persembahan murid Tahun 4 Kreatif
Penyampaian hadiah oleh Guru Besar, En. Dzulkifli B. Abdul Rahman
Tahniah
Teruskan usaha




Isnin, 25 Februari 2013

TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada murid SK Ayer Hitam yang telah berjaya mendapat hadiah dalam acara olahraga dan merentas desa.
Pn. Hjh. Zalina Bt. Omar Baki, PK Pentadbiran menyampaikan medal
kepada pelajar yang berjaya dalan sukan kelompok 1

Tahniah, teruskan usaha anda.

Tahniah kepada semua yang telah mengharumkan nama sekolah di bidang sukan.

Pemenang acara merentas desa Peringkat Kelompok dan Peringkat Daerah.

Pemenang acara sukan Olahraga  Peringkat Kelompok 1

Ahad, 24 Februari 2013

LE TOUR DE LANGKAWI

      Semasa keluar dari persimpangan SMK Seri Perak, kerana mengambil anak untuk "outing",  pada hari Ahad, 24.2. 2013, jam 11.30 pagi, laluan telah ditutup untuk memberi ruang kepada peserta LTDL 2013. Maka sempatlah saya merakam peristiwa tersebut di persimpangan jalan masuk ke Hospital Teluk Intan , menggunakan "handphone".