Ujian Agresif ke arah 'A' Realiti ( AKAR ) telah dijalankan pada 18 dan 19 Mac 2013. Seramai 4 orang murid SKAHTI terlibat dalam ujian ini. Ujian ini adalah anjuran PPD daerah Hilir Perak. Murid yang terlibat ialah Muhamad Aiman Asyraf B. Azlan, Nur Asyikin Bt. Mohtar, Nur Farah Syafiqah Bt. Mohd Shafie dan Nurul Ellysyafiqa Bt. Maswari. En.Shuhaimi B. Shoib dan Cik Haniza Bt. Osman dilantik sebagai pengawas ujian ini.
Salam Ukhuwah
Rabu, 20 Mac 2013
Ahad, 17 Mac 2013
PAMERAN KESIHATAN PERGIGIAN
Klinik Pergigian Langkap telah mengadakan Pameran Kesihatan Pergigian di dewan SKAHTI pada 15.3.2013. Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah, pameran, pemeriksaan gigi, dan kuiz. Ceramah Kesihatan gigi disampaikan oleh Dr. V. Amirtharatna dari Klinik Pergigian Langkap.
| Guru Besar, En. Dzulkifli B. Abdul Rahman merasmikan program |
| Murid memberikan tumpuan |
| Murid menjawab soalan kuiz |
| Antara pemenang kuiz |
| Dr. V. Amirtharatna memberi penerangan kepada murid yang melihat pameran. |
| Cara menguji plak pada gigi |
| Marilah lihat pameran |
| Dr. V. Amirtharatna memeriksa gigi murid di Bilik Sains. |
Jumaat, 15 Mac 2013
BOLA JARING
Pertandingan Bola Jaring Kelompok 1 telah diadakan pada 14 Mac 2013 di padang SK Degong, Langkap. Pasukan bola jaring SK Ayer Hitam telah mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Tahniah juga kepada guru yang telah melatih pasukan ini. Teruskan usaha anda.
![]() |
| Pasukan bola jaring SK Ayer Hitam, bergambar bersama Pn. Linawaznah, Pn. Nor Azira, Pn. Ashira dan Pn. Siti Norhawati (PK Kokurikulum) |
![]() |
| Aksi pemain ketika perlawanan diadakan |
![]() |
| Tahniah, teruskan kegemilangan SKAHTI |
Selasa, 12 Mac 2013
BOLA SEPAK
Tahniah diucapkan kepada
pasukan bola sepak SKAHTI kerana telah berjaya menjadi naib johan Kelompok 1. Namun begitu pasukan bola sepak SKAHTI telah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua perlawanan peringkat kumpulan. Perlawanan ini telah di adakan di padang SJK(T) Ladang Sussex. Tahniah juga diucapkan kepada guru yang telah melatih pasukan ini.
![]() |
| Pasukan Bola Sepak SK Ayer Hitam bergambar
bersama Jurulatih iaitu En. Azizzul dan En. Shahril serta Pengurus Pasukan En. Shuhaimi |
| Sedang bersiap |
| Aktiviti memanaskan badan. |
Pengurus pasukan En. Shuhaimi menerima Sijil serta medal
sebagai
Naib Johan Kelompok 1, daripada PK HEM SJK(T) Ladang Sussex. |
![]() |
| Pasukan bola sepak SKAHTI bergambar bersama medal yang dimenangi. |
Isnin, 11 Mac 2013
MERENTAS DESA NEGERI
Tahniah diucapkan kepada dua orang peserta dari SK Ayer Hitam yang telah berjaya membantu pasukan merentas desa Daerah Hilir Perak mencapai kejayaan di peringkat negeri.
Mereka ialah Muhammad Farhan B. Haslam dan Siti Nurhaida Bt. Shahruzi. Pertandingan merentas desa negeri diadakan di Kolej Vokasional Seri Iskandar pada pada 1 dan 2 Mac 2013.
Mereka ialah Muhammad Farhan B. Haslam dan Siti Nurhaida Bt. Shahruzi. Pertandingan merentas desa negeri diadakan di Kolej Vokasional Seri Iskandar pada pada 1 dan 2 Mac 2013.
![]() |
| Peserta merentas desa peringkat Negeri Perak |
![]() |
Muhammad Farhan B. Haslam
Pencapaian :-
Berpasukan Negeri- Gangsa
Individu Daerah - Tempat ke-8
Individu Kelompok / Zon - Tempat ke-2
|
![]() |
| Siti Nurhaida Bt. Shaharuzi Pencapaian:-
Berpasukan Negeri - Johan
Individu Negeri - Tempat ke-7
Individu Daerah - Tempat ke-3
Individu Kelompok / Zon - Tempat ke-15
|
Rabu, 6 Mac 2013
MTQ ZON 1
Pertandingan MTQ Zon 1 telah diadakan pada 4 Mac 2013. Pertandingan ini melibat sekolah di Kelompok 1 dan Kelompok 2. SK Ayer Hitam menjadi tuan rumah bahagian perempuan manakala SK Chikus menjadi tuan rumah bagi peserta lelaki. Sebanyak 17 buah sekolah telah menyertai acara ini.
![]() |
| Peserta bercerita SK Ayer Hitam, Muhammad Hakimi B. Jaafar Shah |
| Peserta sedang menunggu giliran bagi bercerita bahagian perempuan |
| Hakim bercerita bahagian perempuan |
| Peserta bercerita perempuan, SK Ayer Hitam, Nur Ghanisah Bt. Muhammad |
| Nur Ghanisah Bt. Muhammad |
![]() |
| Peserta Tilawah SK Ayer Hitam, Nurul Ummairah Bt. Maswari |
![]() |
| Peserta Tilawah sedang menunggu giliran |
![]() |
| Hakim bahagian Tilawah |
| Peserta hafazan SK Ayer Hitam, Nur Farah Shafiqah Bt. Mohamad Shafie |
| Hakim bahagian Hafazan |
Rabu, 27 Februari 2013
AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA
Majlis penutupan aktiviti kelab Rukun Negara telah diadakan
pada 27 Februari 2013. Pelbagai aktiviti telah disertai oleh
murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Hadiah telah disampaikan
oleh Guru Besar, En. Dzulkifli B. Abdul Rahman.
Saksikan deklamasi sajak oleh murid Tahun 1.
pada 27 Februari 2013. Pelbagai aktiviti telah disertai oleh
murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Hadiah telah disampaikan
oleh Guru Besar, En. Dzulkifli B. Abdul Rahman.
Saksikan deklamasi sajak oleh murid Tahun 1.
| Pengacara majlis Pn. Linawaznah disamping hadiah yang akan disampaikan kepada para pemenang. |
| Murid memberikan tumpuan kepada acara yang disampaikan. |
| Hakim acara iaitu En. Mohamad Shafei, Pn. Normala dan Pn Fatthima |
| Acara deklamasi sajak |
| Nyanyian lagu Patriotik |
| Koir murid Tahun 4 Inovatif |
| Persembahan murid Tahun 4 Kreatif |
| Penyampaian hadiah oleh Guru Besar, En. Dzulkifli B. Abdul Rahman |
| Tahniah |
| Teruskan usaha |
Langgan:
Catatan (Atom)















