Salam Ukhuwah


Rabu, 10 April 2013

JUARA BERGANDA


     Syabas  diucapkan kepada pasukan hoki Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam di atas kejayaan menjadi johan peringkat Daerah Hilir Perak. Tahniah  juga diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam melatih dan membimbing murid sehingga berjaya sampai ke tahap iniPasukan hoki lelaki dan perempuan telah menjadi johan peringkat Daerah Hilir Perak. 
     SK Ayer Hitam telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Hoki 7 sebelah bawah 12 Tahun, Majlis Sukan Sekolah Daerah pada 9 April 2013.Hilir Perak bertempat di padang SKAHTI,   Majlis penutupan kejohanan ini telah disempurnakan oleh En. Alias B. Sali,  Penyelia Sukan, Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak.

Pasukan hoki lelaki SKAHTI - Johan Daerah 2013


Pasukan hoki perempuan SKAHTI - Johan Daerah 2013














Isnin, 8 April 2013

AHLAN WASAHLAN

Selamat datang diucapkan kepada semua pasukan hoki sekolah yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Hoki peringkat Daerah Hilir Perak di SK Ayer Hitam pada 9 April 2013




Isnin, 25 Mac 2013

JASAMU DIKENANG

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Nurulshuhada Bt. Ali kerana telah mendidik murid SKAHTI. Walaupun berkhidmat sebagai guru sementara menggantikan Pn. Zailani yang cuti bersalin, beliau telah menunjukkan kerjasama yang baik terutama semasa majlis MTQ di adakan. Tahniah cikgu.

Pn. Nurulshuhada berucap pada hari terakhir beliau berkhidmat di SKAHTI

Ustazah Rukiah diiringi Pn. Hasnah menyampaikan
cenderahati kenangan kepada Pn. Nurulshuhada.

Rabu, 20 Mac 2013

AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti Kokurikulum Unit Beruniform hari ini 20.3.2013 berjalan lancar. Semua unit beruniform yang ada telah mengadakan aktiviti yang menarik minat murid yang terlibat.

1. Aktiviti PBSM





2. Aktiviti Puteri Islam



3. Aktiviti Pengakap 



 4. Aktiviti TKRS






UJIAN AKAR

Ujian Agresif ke arah 'A' Realiti ( AKAR ) telah dijalankan pada 18 dan 19 Mac 2013. Seramai 4 orang murid SKAHTI terlibat dalam ujian ini. Ujian ini adalah anjuran PPD daerah Hilir Perak. Murid yang terlibat ialah Muhamad Aiman Asyraf B. Azlan, Nur Asyikin Bt. Mohtar, Nur Farah Syafiqah Bt. Mohd Shafie dan Nurul Ellysyafiqa Bt. Maswari. En.Shuhaimi B. Shoib dan Cik Haniza Bt. Osman dilantik sebagai pengawas ujian ini.





Ahad, 17 Mac 2013

PAMERAN KESIHATAN PERGIGIAN

Klinik Pergigian Langkap telah mengadakan Pameran Kesihatan Pergigian di dewan SKAHTI pada 15.3.2013. Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah, pameran, pemeriksaan gigi, dan kuiz. Ceramah Kesihatan gigi disampaikan oleh Dr. V. Amirtharatna dari Klinik Pergigian Langkap.



Guru Besar, En. Dzulkifli B. Abdul Rahman merasmikan program
Murid memberikan tumpuan 




Murid menjawab soalan kuiz
Antara pemenang kuiz
Dr. V. Amirtharatna memberi penerangan kepada murid yang melihat pameran.
Cara menguji plak pada gigi
Marilah lihat pameran
Dr. V. Amirtharatna memeriksa gigi murid di Bilik Sains.

Jumaat, 15 Mac 2013

BOLA JARING

Pertandingan Bola Jaring Kelompok 1 telah diadakan pada 14 Mac 2013 di padang SK Degong, Langkap. Pasukan bola jaring SK Ayer Hitam telah mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Tahniah juga kepada guru yang telah melatih pasukan ini. Teruskan usaha anda.

Pasukan bola jaring SK Ayer Hitam, bergambar bersama Pn. Linawaznah, 
Pn. Nor Azira, Pn. Ashira dan Pn. Siti Norhawati (PK Kokurikulum)

Aksi pemain ketika perlawanan diadakan

Tahniah, teruskan kegemilangan SKAHTI