Salam Ukhuwah


Rabu, 27 Februari 2013

AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA

Majlis penutupan aktiviti kelab Rukun Negara telah diadakan 
pada 27 Februari 2013. Pelbagai aktiviti telah disertai oleh
murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Hadiah telah disampaikan 
oleh Guru Besar, En. Dzulkifli B. Abdul Rahman.

                  Saksikan deklamasi sajak oleh murid Tahun 1.


video


Pengacara majlis Pn. Linawaznah disamping hadiah
yang akan disampaikan kepada  para pemenang. 
Murid memberikan tumpuan kepada acara yang disampaikan.

Hakim acara iaitu En. Mohamad Shafei, Pn. Normala dan Pn Fatthima
Acara deklamasi sajak
Nyanyian lagu Patriotik
Koir murid Tahun 4 Inovatif
Persembahan murid Tahun 4 Kreatif
Penyampaian hadiah oleh Guru Besar, En. Dzulkifli B. Abdul Rahman
Tahniah
Teruskan usaha




Isnin, 25 Februari 2013

TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada murid SK Ayer Hitam yang telah berjaya mendapat hadiah dalam acara olahraga dan merentas desa.
Pn. Hjh. Zalina Bt. Omar Baki, PK Pentadbiran menyampaikan medal
kepada pelajar yang berjaya dalan sukan kelompok 1

Tahniah, teruskan usaha anda.

Tahniah kepada semua yang telah mengharumkan nama sekolah di bidang sukan.

Pemenang acara merentas desa Peringkat Kelompok dan Peringkat Daerah.

Pemenang acara sukan Olahraga  Peringkat Kelompok 1

Ahad, 24 Februari 2013

LE TOUR DE LANGKAWI

      Semasa keluar dari persimpangan SMK Seri Perak, kerana mengambil anak untuk "outing",  pada hari Ahad, 24.2. 2013, jam 11.30 pagi, laluan telah ditutup untuk memberi ruang kepada peserta LTDL 2013. Maka sempatlah saya merakam peristiwa tersebut di persimpangan jalan masuk ke Hospital Teluk Intan , menggunakan "handphone". 

video

Isnin, 18 Februari 2013

KELAB RUKUN NEGARA





Pelancaran aktiviti Kelab Rukun Negara 
S.K Ayer Hitam telah disempurnakan oleh
 Pn. Hjh. Zalina Bt. Omar Baki,  
Penolong Kanan Pentadbiran. 
Pelbagai aktiviti dijalankan  bermula 
4.2.2013 hingga 27.2.2013.

Hjh. Zalina berucap sempena majlis pelancaran 
aktiviti Kelab Rukun Negara.

Majlis  disempurnakan dengan memotong ikatan  "Banting"  sebagai simbolik pelancaran aktiviti Kelab Rukun Negara.














Pertandingan mewarna Tahun 1 dijalankan.





Pertandingan mewarna Tahun 4

Kuiz berkaitan Rukun Negara 

Pertandingan melukis Jata Negara
Pertandingan membuat Buku Skrap

"Inilah buku skrap saya"

Ahad, 17 Februari 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG





Doa dibacakan oleh Ustaz Shahril B. Nahari
Para hadirin mengaminkan doa yang dibacakan.

Ucapan dari En. Sapari B. Sadikin, AMP, PPT,
Pengerusi PIBG S.K. Ayer Hitam

Ucapan Tn. Guru Besar En. Dzulkifli B. Abdul Rahman.

                                     Antara hadirin yang hadir di majlis tersebut.

               






Perasmian oleh Yang Berbahagia Dato' Mah Siew Keong.
Cenderahati disampaikan oleh Pengerusi PIBG kepada Dato' Mah Siew Keong.



Guru perempuan sibuk menyiapkan hidangan untuk jamuan.
Tetamu jemputan menjamu selera di kantin sekolah.
Hadiah cabutan nombor bertuah diadakan untuk memeriahkan majlis.

Mesyuarat Agung PIBG SKAHTI kali ke-26 dijalankan.

Jumaat, 8 Februari 2013

SELAMAT HARI LAHIR CIKGU


Selamat menyambut ulang tahun kelahiran diucapkan kepada 
Tn. Guru Besar, En. Dzulkifli B. Abdul Rahman 
pada 9 Februari 2013. 


Bacaan doa selamat di bacakan oleh Uztaz Shahril Bin Nahari
sambil diaminkan oleh guru-guru SK Ayer Hitam.

En Dzulkifli memotong kek sambutan hari lahir 
yang disediakan oleh guru-guru SK Ayer  Hitam.

Cikgu Dzulkifli memberi kek yang telah dipotong kepada guru.

En. Khairudin B. Nasri PK HEM menemani Guru Besar En. Dzulkifli B. Abdul Rahman
 menjamu hidangan yang disediakan sempena sambutan hari lahir beliau.


Isnin, 4 Februari 2013

SALAM MAULIDUR RASUL

video

Sambutan Maulidur Rasul SAW 2013 M /1434 H telah diadakan pada 4 Februari 2013. Pelancarannya di tapak perhimpunan SK Ayer Hitam telah di rasmikan oleh En. Dzulkifli B. Abdul Rahman, Guru Besar SK Ayer Hitam. Murid-murid dan guru telah berarak dengan membawa sepanduk sambil berselawat.

Tn. Guru Besar En. Dzulkifli B. Abdul Rahman telah melancarkan majlis sambutan Maulidur Rasul .

Tema sambutan Maulidur Rasul 2013M / 1434H


Murid-murid menyediakan sepanduk bagi memeriahkan sambutan.
Murid bersedia untuk memulakan perarakan.

Murid mendengar taklimat dari guru bertugas.
Pertandingan Selawat antara kelas diadakan di dewan sekolah.
Murid menunjukkan bakat berselawat.
Pelbagai gaya dan persiapan kelas yang bertanding.
Gelagat murid yang memberi sokongan kepada kelas
yang menyertai pertandingan berselawat
.
Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan.