Salam Ukhuwah


Isnin, 10 Jun 2013

SIKIT LAGI

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Hoki Bawah 12 tahun negeri Perak kerana telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam Pertandingan Majlis Sukan Sekolah Malaysia. Pasukan Hoki lelaki bawah 12 tahun telah menjadi Johan apabila berjaya mengalahkan pasukan Negeri Kelantan 2 - 0 sementara Pasukan Hoki perempuan pula tewas kepada Pasukan Negeri Sabah 2 - 3 di perlawanan akhir.
     Dua orang pelajar perempuan dari Sek. Keb. Ayer Hitam antara pemain yang telah mengharumkan nama negeri Perak di peringkat kebangsaan. Mereka ialah Dian Nursyakira Najwa Al Wadqa Bt Nazeri dan Nur Ghanisah Bt. Muhammad. Tahniah, hampir dah mendapat johan berganda. Teruskan usaha.
 
Guru Besar En. Dzulkifli B. Abdul Rahman telah menyampaikan sijil dan medal kepada pemain hoki perempuan yang mewakili Negeri Perak pada kejohanan MSSM di perhimpunan sebagai perangsang kepada murid lain. Tahniah.

NUR GHANISAH BT. MUHAMMAD

DIAN NURSYAKIRA NAJWA AL-WADQA BT. NAZERI
 

Isnin, 13 Mei 2013

PENANTIAN BERAKHIR


Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pasukan Hoki Perempuan Bawah 12 Tahun Hilir Perak, kerana telah menjadi Johan peringkat negeri tahun 2013. Perlawanan yang diadakan di Stadium Hoki, Sultan Azlan Shah telah menamatkan penantian selama 10 tahun.
 Perlawanan akhir yang penuh debaran antara Daerah Hilir Perak dan Daerah Kuala Kangsar telah berakhir dengan pukulan penalti apabila tamat masa perlawanan keputusan seri 1-1 Alhamdulillah keputusan akhir berkesudahan Pasukan Hoki Hilir Perak berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 3 – 2.
Seramai 9 orang pelajar SK Ayer Hitam terpilih mewakili pasukan hoki Daerah Hilir Perak.Pelajar SK Ayer Hitam yang terpilih ialah Nur Hidayu , Dian Nursyakira Najwa Al Wadqa , Nur Natasha Balqis, Nabila Irdina, Nur Ghanisah, Nurul Farahin, Nurul Nabila, Nursuhada dan Siti Khalijah. Jurulatih yang terlibat sepenuhnya dalam melatih pasukan hoki dari SK Ayer Hitam ialah Cikgu Wafdi B. Mohd Ramli. Tahniah cikgu


PK Pentadbiran, Pn. Hjh Zalina Bt. Omar Baki
mengalungkan medal kepada pemain hoki SK Ayer Hitam.



Dari kiri - Nurul Nabila, Nursuhada, Natasya Balqis, 
Dian Nur Syakira Najwa Al Waqda, Nurhidayu, 
Nur Ghanisah , Siti Khalijah



Khamis, 9 Mei 2013

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI 2013

     Karnival Pendidikan Sains Dan Teknologi, peringkat Daerah Hilir Perak telah diadakan  pada 27 April 2013. Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan karnival tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan untuk sekolah menengah ialah Inovasi Sains dan Kejuruteraan, Amali Sains( Saintis Muda), Teknologi Pelancaran Roket, Kereta Solar, Dapur Solar dan Bot Solar. Bagi aktiviti sekolah rendah pula ialah Amali Sains(Saintis Muda). EUREKA, Berceritan Sains Dalam Bahasa Inggeris dan Pameran Robotik.
     Majlis penutupan karnival ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Zainal Abiddin Bin Osman, AMN, AMP. Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak.
     Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam telah dipertanggungjawabkan mengelola Pertandingan Amali Sains Sekolah Rendah ( Saintis Muda).



video



Guru SK Ayer Hitam yang terlibat menguruskan program
 Amali Sains Sekolah Rendah ( Saintis Muda )

Pertandingan Bot Solar - sekolah Menengah

Pertandingan Dapur Solar - Sekolah Menengah

Pertandingan EUREKA - Sekolah Rendah

Penyampaian Sijil Penyertaan
Amali Sains Sekolah Rendah




Rabu, 10 April 2013

JUARA BERGANDA


     Syabas  diucapkan kepada pasukan hoki Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam di atas kejayaan menjadi johan peringkat Daerah Hilir Perak. Tahniah  juga diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam melatih dan membimbing murid sehingga berjaya sampai ke tahap iniPasukan hoki lelaki dan perempuan telah menjadi johan peringkat Daerah Hilir Perak. 
     SK Ayer Hitam telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Hoki 7 sebelah bawah 12 Tahun, Majlis Sukan Sekolah Daerah pada 9 April 2013.Hilir Perak bertempat di padang SKAHTI,   Majlis penutupan kejohanan ini telah disempurnakan oleh En. Alias B. Sali,  Penyelia Sukan, Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak.

Pasukan hoki lelaki SKAHTI - Johan Daerah 2013


Pasukan hoki perempuan SKAHTI - Johan Daerah 2013














Isnin, 8 April 2013

AHLAN WASAHLAN

Selamat datang diucapkan kepada semua pasukan hoki sekolah yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Hoki peringkat Daerah Hilir Perak di SK Ayer Hitam pada 9 April 2013




Isnin, 25 Mac 2013

JASAMU DIKENANG

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Nurulshuhada Bt. Ali kerana telah mendidik murid SKAHTI. Walaupun berkhidmat sebagai guru sementara menggantikan Pn. Zailani yang cuti bersalin, beliau telah menunjukkan kerjasama yang baik terutama semasa majlis MTQ di adakan. Tahniah cikgu.

Pn. Nurulshuhada berucap pada hari terakhir beliau berkhidmat di SKAHTI

Ustazah Rukiah diiringi Pn. Hasnah menyampaikan
cenderahati kenangan kepada Pn. Nurulshuhada.

Rabu, 20 Mac 2013

AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti Kokurikulum Unit Beruniform hari ini 20.3.2013 berjalan lancar. Semua unit beruniform yang ada telah mengadakan aktiviti yang menarik minat murid yang terlibat.

1. Aktiviti PBSM





2. Aktiviti Puteri Islam



3. Aktiviti Pengakap 



 4. Aktiviti TKRS






UJIAN AKAR

Ujian Agresif ke arah 'A' Realiti ( AKAR ) telah dijalankan pada 18 dan 19 Mac 2013. Seramai 4 orang murid SKAHTI terlibat dalam ujian ini. Ujian ini adalah anjuran PPD daerah Hilir Perak. Murid yang terlibat ialah Muhamad Aiman Asyraf B. Azlan, Nur Asyikin Bt. Mohtar, Nur Farah Syafiqah Bt. Mohd Shafie dan Nurul Ellysyafiqa Bt. Maswari. En.Shuhaimi B. Shoib dan Cik Haniza Bt. Osman dilantik sebagai pengawas ujian ini.





Ahad, 17 Mac 2013

PAMERAN KESIHATAN PERGIGIAN

Klinik Pergigian Langkap telah mengadakan Pameran Kesihatan Pergigian di dewan SKAHTI pada 15.3.2013. Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah, pameran, pemeriksaan gigi, dan kuiz. Ceramah Kesihatan gigi disampaikan oleh Dr. V. Amirtharatna dari Klinik Pergigian Langkap.


video

Guru Besar, En. Dzulkifli B. Abdul Rahman merasmikan program
Murid memberikan tumpuan 




Murid menjawab soalan kuiz
Antara pemenang kuiz
Dr. V. Amirtharatna memberi penerangan kepada murid yang melihat pameran.
Cara menguji plak pada gigi
Marilah lihat pameran
Dr. V. Amirtharatna memeriksa gigi murid di Bilik Sains.