Kata Ganti Nama Diri digunakan untuk menggantikan nama orang. Kata Ganti
Nama Diri terdiri daripada 3 jenis,iaitu:
·
Kata Ganti Nama Diri Pertama
·
Kata Ganti Nama Diri Kedua
·
Kata Ganti Nama Diri Ketiga.
Kata Ganti
Nama Diri Pertama
1. Saya
: digunakan dalam situasi rasmi,semasa bercakap dengan orang yang
lebih tua.
2. Aku
: bercakap dengan orang yang rapat, doa kepada tuhan.
3 Beta : digunakan oleh raja.
4. Patik :
digunakan oleh rakyat biasa semasa bertutur dengan raja.
5 Kami : tidak
termasuk orang yang diajak bercakap.
6. Kita
: digunakan untuk orang yang bertutur dan termasuk orang yang diajak
bercakap.
Kata Ganti Nama Diri Kedua
1.
Anda : digunakan apabila tiada hubungan langsung
atau pertemuan.
2.
Awak : digunakan untuk bercakap dengan kawan.
3.
Engkau : digunakan antara dua pihak yang rapat hubungannya,
digunakan
untuk membahasakan Tuhan semasa berdoa.
4.
Kamu : digunakan oleh orang yang lebih tua terhadap
orang yang lebih muda.
5.
Kalian : digunakan untuk diri kedua yang lebih muda daripada
orang yang
bercakap atau lebih daripada seorang.
Kata Ganti
Nama Diri Ketiga
1.
Dia/Ia : digunakan untuk orang biasa.
2.
Beliau : digunakan untuk orang yang
terhormat.
3.
Baginda : digunakan untuk raja.
4.
Mereka : digunakan untuk diri ketiga yang lebih
daripada seorang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan