Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pasukan Hoki Perempuan Bawah 12 Tahun
Hilir Perak, kerana telah menjadi Johan peringkat negeri tahun 2013. Perlawanan
yang diadakan di Stadium Hoki, Sultan Azlan Shah telah menamatkan penantian
selama 10 tahun.
Perlawanan akhir yang penuh debaran
antara Daerah Hilir Perak dan Daerah Kuala Kangsar telah berakhir dengan
pukulan penalti apabila tamat masa perlawanan keputusan seri 1-1 Alhamdulillah keputusan akhir berkesudahan Pasukan Hoki Hilir Perak
berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 3 – 2.
Seramai 9 orang pelajar SK Ayer Hitam terpilih mewakili pasukan hoki Daerah
Hilir Perak.Pelajar SK Ayer Hitam yang terpilih ialah Nur
Hidayu , Dian Nursyakira Najwa Al Wadqa , Nur Natasha Balqis, Nabila Irdina,
Nur Ghanisah, Nurul Farahin, Nurul Nabila, Nursuhada dan Siti Khalijah. Jurulatih yang
terlibat sepenuhnya dalam melatih pasukan hoki dari SK Ayer Hitam ialah Cikgu
Wafdi B. Mohd Ramli. Tahniah cikgu
PK Pentadbiran, Pn. Hjh Zalina Bt. Omar Baki mengalungkan medal kepada pemain hoki SK Ayer Hitam. |
Dari kiri - Nurul Nabila, Nursuhada, Natasya Balqis, Dian Nur Syakira Najwa Al Waqda, Nurhidayu, Nur Ghanisah , Siti Khalijah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan