Karnival Pendidikan Sains Dan Teknologi, peringkat Daerah Hilir Perak telah diadakan pada 27 April 2013. Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan karnival tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan untuk sekolah menengah ialah Inovasi Sains dan Kejuruteraan, Amali Sains( Saintis Muda), Teknologi Pelancaran Roket, Kereta Solar, Dapur Solar dan Bot Solar. Bagi aktiviti sekolah rendah pula ialah Amali Sains(Saintis Muda). EUREKA, Berceritan Sains Dalam Bahasa Inggeris dan Pameran Robotik.
Majlis penutupan karnival ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Zainal Abiddin Bin Osman, AMN, AMP. Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak.
Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam telah dipertanggungjawabkan mengelola Pertandingan Amali Sains Sekolah Rendah ( Saintis Muda).
Guru SK Ayer Hitam yang terlibat menguruskan program Amali Sains Sekolah Rendah ( Saintis Muda ) |
Pertandingan Bot Solar - sekolah Menengah |
Pertandingan Dapur Solar - Sekolah Menengah |
Pertandingan EUREKA - Sekolah Rendah |
Penyampaian Sijil Penyertaan Amali Sains Sekolah Rendah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan