SUBJEK
DALAM AYAT TUNGGAL.
(a) Frasa
nama sebagai subjek.
i.
Tan Kong Joo pelajar
sekolah.
ii.
Buah itu masam.
iii.
Ibunya sakit.
iv.
Motosikalnya telah
rosak.
v.
Balai raya ini untuk
orang ramai.
(b) Kata
ganti nama diri sebagai subjek.
i.
Dia anak bongsu.
ii.
Beliau guru saya.
iii.
Dia adik Ragunathan.
iv.
*Itu Bank Rakyat.
v.
*Ini stesen bas.
(*rujuk
kepada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 102)
Namun
demikian, dalam penulisan karangan, murid tidak digalakkan memulakan ayat
dengan kata ganti nama tunjuk.
(c) Kata
kerja sebagai subjek.
i.
Membaca buku ialah
hobinya.
ii.
Bersenam dapat
menyihatkan badan.
iii.
Menyanyi ialah
kerjayanya.
iv.
Mencuri perbuatan yang
salah.
v.
Minum air boleh
menghilangkan dahaga.
(d) Kata
adjektif sebagai subjek.
i.
Cergas bermakna badan
sihat.
ii.
Hijau warna
kesukaannya.
iii.
Harum bau bunga melur
itu.
iv.
Tamak ialah amalan yang
keji.
PREDIKAT DALAM AYAT TUNGGAL.
(a) Frasa
nama sebagai predikat
i.
Encik Zulkifli pegawai
polis.
ii.
Kakaknya doktor mata.
iii.
Bangunan itu
kediamannya.
iv.
Bilik itu stor barang.
(b) Frasa
kerja sebagai predikat
i.
Dia makan mi goreng.
ii.
Anjing itu menyalak
musuh.
iii.
Mereka tidur.
iv.
Adiknya menangis.
(c) Frasa
adjektif sebagai predikat
i.
Keropok ini sangat
rangup.
ii.
Rumah itu sangat besar.
iii.
Abangnya sangat bijak.
iv.
Budak itu baik sungguh.
(d) Frasa
sendi nama sebagai predikat.
i.
Buku ini untuk adik.
ii.
Ayah ke Kuala Lumpur.
iii.
Beliau dari Universiti
Sains Malaysia.
iv.
Wajahnya seperti
bintang terkenal itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan