Kata kerja
merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau
keadaan
melakukan sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada dua:
·
Kata kerja transitif
·
Kata kerja tak
transitif
KATA KERJA TRANSITIF (KKT)
Kata kerja yang
memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata nama untuk melengkapkan
maksud ayat.
KKT boleh
dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:
(minum, makan) –
tiada imbuhan
meN-... - (mencangkul,
menebang, memukul)
meN-...-i - (menjalani, menghadiahi, menghadapi)
meN-...-kan - (melarikan, memasukkan, menjalankan)
memper-... - (memperbesar, mempercantik, mempersuami, memperisteri)
memper-...-kan - (mempertingkatkan, mempertunjukkan)
memper-...-i - (memperdengari, memperingati)
KKT boleh dipasifkan. Contoh:
Ayat
Aktif
|
Ayat
Pasif
|
Ah Moi sedang membasuh kain di dalam bilik air.
|
Kain sedang dibasuh oleh Ah Moi di dalam bilik
air.
|
Pekerja-pekerja sedang memperlebar jalan raya.
|
Jalan raya sedang diperlebar oleh
pekerja-pekerja.
|
Ibu menidurkan adik di dalam kamar.
|
Adik ditidurkan oleh ibu di dalam
kamar.
|
Kami makan kentang goreng itu.
|
Kentang goreng itu kami makan.
|
Tuan Hakim menjatuhi pengedar dadah itu
hukuman mati mandatori.
|
Pengedar dadah itu dijatuhi hukuman mati
mandatori oleh Tuan Hakim.
|
KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)
Kata kerja tak
transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat
berdiri sendiri dalam ayat. Oleh itu, KKTT tidak memerlukan objek atau
penyambut untuk menyempurnakan maksudnya. KKTT tidak boleh dipasifkan.
KKTT boleh
dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya adalah seperti yang di bawah ini.
·
Tanpa imbuhan (pulang,
pergi, duduk, mati, tidur, balik)
·
meN-... (mengalir, meletup,
menangis, membisu)
·
ber-... (berbicara, bercadang,
berbincang, berkereta)
·
ter-... (terkeluar, terjatuh,
terpelosok, tertarik)
·
ber-...-an (berguguran, bergandingan, berkibaran,
bertaburan)
·
ber-...-kan (berselimutkan, bersuamikan,
beristerikan, berbantalkan)
KKTT terbahagi kepada dua iaitu;
i. KKTT
tanpa pelengkap
ii. KKTT
berpelengkap
KKTT Tanpa Pelengkap
Kata kerja yang
boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap.
Contoh:
Gadis itu asyik termenung.
Ayah dan ibu sedang berbicara.
Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.
KKTT di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan keterangan lanjut
tentang ayat tersebut.
Contoh:
1. Si Dara
itu asyik termenung di dalam kamar.
2. Hanif dan
Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya.
3. Lori yang
sarat dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam.
KKTT
Berpelengkap
Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata
nama, kata adjektif dan kata sendi nama) untuk menyempurnakan maksud ayat.
Unsur pelengkap tidak sama dengan objek atau penyambut kerana objek atau
penyambut hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh mengalami proses pasif.
Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.
Contoh:
1. Keadaan
banjir sudah beransur surut.
2. Pasaran
saham di Malaysia sudah bertambah baik.
3. Pengemis
itu tidur berbantalkan lengan.
4. Ying Ying
bercita-cita untuk menjadi arkitek.
5. Cikgu
Zakiah tinggal di Kepala Batas.
6. Hampir
lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah kita
rumuskan bahawa KKTT dan KKT mempunyai fungsi yang berbeza. Perbezaan ini dapat
dilihat dengan jelas melalui frasa kerja tak transitif dan
frasa
kerja transitif.
Struktur
Frasa Kerja Tak Transitif
Kata bantu
|
KKTT
|
Kata Sendi /adjektif
|
Kata Nama
|
sedang
|
bekerja
|
di
|
pejabat
|
ingin
|
berbincang
|
tentang
|
perkara
|
telah
|
terlupa
|
akan
|
nama
rakannya
|
sudah
|
bertambah
|
kukuh
|
-
|
sudah
|
beransur
|
sembuh
|
-
|
telah
|
bersuamikan
|
-
|
orang
kaya
|
telah
|
berpayungkan
|
-
|
daun
pisang
|
Struktur
Frasa Kerja Transitif
Kata Bantu
|
KKT
|
Objek atau Penyambut
|
telah
|
membincangkan
|
perkara
|
akan
|
memperbesar
|
rumah
|
sedang
|
menggilap
|
kasut
|
hendak
|
menunggang
|
motosikal
|
Kesalahan-kesalahan Kata Kerja.
1. Penggunaan
KKT tanpa imbuhan.
Contoh
ayat:
Haji
Naseer sedang pandang lukisan itu (X)
Haji
Naseer sedang memandang lukisan itu. (√)
2. Penggunaan
kata sendi nama selepas KKT.
Contoh
ayat:
Sharifah
memahami
akan kehendak adiknya. (X)
Sharifah
memahami
kehendak adiknya. (√)
3. Penggunaan
Kata Adjektif selepas KKT.
Contoh
ayat:
Ahmad
telah menendang kuat-kuat bola itu. (X)
Ahmad
telah menendang bola itu kuat-kuat. (√)
4. Penggunaan
Kata sendi nama selepas KKTT
Contoh
ayat:
Cik
Min akan berjumpa Cikgu Zue. (X)
Cik
Min akan berjumpa dengan Cikgu Zue. (√)
5. Penggunaan
Kata sendi nama selepas KKTT berimbuhan ber-...-kan
Contoh
ayat:
Penculik
itu bersenjatakan
dengan sebilah pisau. (X)
Penculik
itu bersenjatakan
sebilah pisau. (√)
6. Tidak
meletakkan kata sendi nama selepas KKTT tanpa imbuhan.
Contoh
ayat:
Ayah
tidak akan pulang rumah tengah hari ini. (X)
Ayah
tidak akan pulang ke rumah tengah hari ini. (√)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan