Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu:
i.
adalah
ii.
ialah
Kata pemeri tidak
boleh hadir di hadapan frasa kerja.
KATA PEMERI
|
MAKSUD
|
AYAT CONTOH
|
ialah
|
-
menunjukkan
persamaan
-
hadir di hadapan
frasa nama
|
1.
Rumah yang cantik
itu ialah rumah En. Mazlan.
2.
Emak ialah
seorang guru.
3.
Agama rasmi
Negara ialah agama Islam.
|
Adalah
|
-
menunjukkan
huraian atau keterangan.
-
Hadir di hadapan
frasa adjektif dan frasa sendi
|
1.
Meja yang dibeli
itu adalah daripada kayu jati.
2.
Warna kasut abang
adalah hitam.
3.
Tujuan pertandingan
itu diadakan adalah untuk mencungkil bakat baru.
|
Nota :
1.
Pada
umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata nafi.
SALAH
|
BETUL
|
Siswazah
yang baru lulus itu ialah bukan pengetua maktab.
Arahan itu adalah
bukan untuk semua pegawai.
|
Siswazah
yang baru lulus itu bukan pengetua maktab.
Arahan
itu bukan untuk semua pegawai.
|
2.
Kata
pemeri boleh wujud dalam binaan kata nafi + frasa adjektif.
Contoh binaan kata nafi + kata
adjektif:-
i.
Tidak
benar
ii.
Tidak
cantik
iii.
Tidak
adil
Contoh ayat:
Laporan itu adalah tidak benar.
Keputusan itu adalah tidak adil.
3.
Kata
pemeri TIDAK BOLEH hadir di hadapan
frasa kerja atau kata kerja. Penggunaan kata pemeri
adalah dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu.
Contoh:-
i.
Adalah
diberitahu sekolah akan ditutup esok.
Struktur ayat
yang betul ialah:
Dengan
ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Anda
diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Ibu
Bapa diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Tuan-tuan
diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
Dengan
hormatnya diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
ii.
Adalah
diisytiharkan
bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.
Struktur ayat yang betul ialah:
Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari
Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.
iii.
Kegagalan
projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.
Struktur ayat yang betul ialah:-
Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak
pengurusan syarikat itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan