Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu
frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata bantu menimbulkan makna
tambahan dari segi aspek waktu atau ragam dalam binaan ayat. Kata bantu dapat
dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu
kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
(i) Kata bantu aspek menimbulkan suasana
perbezaan masa iaitu sama ada masa lampau, masa ini (kini) atau masa
hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu aspek yang dominan dalam kalangan penutur
jati bahasa Melayu ialah telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula dan belum.
Kata
Bantu Aspek
|
||
Masa
lampau
|
Masa
ini (kini)
|
Masa
hadapan
|
telah
sudah
pernah
selalu
|
sedang
tengah
masih
|
akan
belum
|
Contoh
ayat:
Masa
lampau
1. Pekerja
industri itu telah pulang ke rumah.
2. Murid-murid
itu sudah bersarapan.
3. Kami
pernah melawat ke Sabah.
4. Aminah
selalu teringat akan gurunya yang
sudah bersara itu.
Masa
ini (Kini)
1. Ah
Meng sedang membaca komik.
2. Mutusamy
tengah menyiapkan kerja khususnya.
3. Puan
Siti masih memasak di dapur.
Masa
Hadapan
1. Johari
akan ke Kuala Lumpur esok.
2. Baju
itu belum berbasuh lagi.
Kata bantu aspek tertentu boleh hadir bersama-sama
tanpa menjejaskan makna dalam binaan kata kerja. Sila lihat ayat contoh yang
berikut ini.
1. belum + pernah
Muhammad
Hanif belum pernah melawat ke Kuala
Lumpur.
2. masih + belum
Harizah
masih belum menjamah kuetiau
tersebut.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah kata bantu aspek
tidak boleh hadir bersama-sama atau berderetan, malah binaan ayat yang terhasil
juga tidak gramatis. Sila lihat ayat contoh yang berikut:
1. Gadis itu akan belum berumah tangga
lagi. (X)
2. Banyak orang akan sedang mengikuti
ulasan langsung pertandingan bola
sepak itu. (X)
3. Melissa belum akan menyiapkan tugasan
sekolahnya. (X)
Ayat (1 hingga 3) di atas menyalahi rumus tatabahasa
Melayu. Oleh itu, pengguna bahasa Melayu baku perlu berhati-hati dalam hal ini.
(ii) Kata
bantu ragam berperanan untuk menyatakan atau menerangkan ragam atau suasana
perasaan yang berhubung dengan perbuatan yang dilakukan. Bentuk kata bantu
ragam yang lazim diungkapkan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu baku ialah hendak,
mahu, harus, mesti, boleh, dapat, perlu, wajib, enggan dan patut.
Kata
Bantu Ragam
|
|||
Mesti
melakukan (sesuatu perbuatan)
|
Hendak
melakukan (sesuatu perbuatan)
|
Berkeupayaan
melakukan (sesuatu perbuatan)
|
Pengizinan
melakukan (sesuatu perbuatan)
|
Harus
|
hendak
|
dapat
|
boleh
|
Mesti
|
|||
Perlu
|
mahu
|
||
Wajib
|
Kata
Bantu Ragam
|
|
Tidak
mahu melakukan
(sesuatu perbuatan)
|
Mahu
atau tidak mahu melakukan
(sesuatu perkara)
|
enggan
|
mungkin
|
Berdasarkan
jadual di atas, yang berikut ini ialah ayat contoh bagi meningkatkan kefahaman
pembaca tentang kata bantu ragam:
Mesti melakukan (sesuatu perbuatan)
1. Semua
murid harus cepat ke kelas supaya
tidak dikenakan tindakan disiplin.
2. Bil
elektrik bulan lepas mesti dijelaskan
pada hari ini juga.
3. Kita
perlu berhemah semasa berurusan
dengan sesiapa sahaja.
4. Umat
Islam wajib berpuasa pada bulan
Ramadan kecuali mereka yang tidak
berupaya.
Hendak melakukan
(sesuatu perbuatan)
1. Ibu hendak ke pasar Chowrasta.
2. Banyak
orang kini mahu memegang jawatan
tinggi.
Berkeupayaan
melakukan (sesuatu perbuatan)
1. Mereka
dapat pulang ke rumah pada cuti
hujung minggu ini.
2. Siti
Faezah dapat melanjutkan pelajarannya
ke peringkat sarjana.
Pengizinan
melakukan (sesuatu perbuatan)
1. Murid-murid
boleh ke tandas sekiranya mendapat
pas keluar daripada guru.
2. Mereka
boleh mengikuti rombongan sekolah ke
Johor Bahru kerana mendapat
keizinan
daripada ibu bapa masing-masing.
Tidak mahu
melakukan (sesuatu perbuatan)
1. Mereka
enggan memakai kemeja putih yang
jarang itu.
2. Ali enggan menyertai pasukan Bulan Sabit
Merah kerana dia tidak berminat.
Mahu atau tidak
mahu melakukan (sesuatu perbuatan)
1. Siew
Lin mungkin tidak akan datang kerana
dia kurang sihat.
2. Mariamah
mungkin akan berpindah ke sekolah
baharu kerana keluarganya akan
berpindah
ke daerah lain.
*Rumus tatabahasa Melayu juga membenarkan gandingan
berturutan atau berpasangan dalam binaan ayat yang menggunakan kata bantu
ragam. Sebagai contoh, sila lihat ayat yang berikut ini.
1. harus
+ mahu
Salmiah harus mahu menunaikan rukun Islam yang kelima pada tahun ini.
2. harus
+ dapat
Encik
Daud harus dapat menjawat Guru Cemerlang
kerana mempunyai prestasi
yang
amat membanggakan sepanjang tiga tahun lalu.
3. mesti
+ mahu
Encik
Lim mesti mahu menghadiri majlis
perjumpaan alumni ke-40 sekolah
lamanya
kerana ingin menemui rakan-rakan sekolahnya.
4. mesti
+ dapat
Munirah
mesti dapat mencapai 8A dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
kerana
dia rajin mengulangkaji pelajarannya.
Seperkara lagi, ada
sesetengah kata bantu ragam yang tidak boleh hadir bersama-sama. Sebagai
contoh, sila lihat ayat yang berikut:
1. Ah
Chong hendak mahu makan laksa
walaupun tidak berselera. (X)
2. Mohan
hendak harus membawa keluarganya ke
Bukit Fraser. (X)
3. Hashim
hendak mesti menyiapkan tugasan
sekolahnya pada hari ini. (X)
Ayat contoh (33 hingga 35) di atas menyalahi rumus
tatabahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, pengguna bahasa Melayu baku sentiasa
cakna akan hal ini agar dapat menghasilkan ayat yang gramatis.
*Selain itu, kata bantu aspek tertentu boleh hadir bergandingan dengan kata bantu
ragam, waima secara mendahuluinya atau ,mengikutinya. Sebagai contoh, sila
lihat ayat yang berikut ini.
Kata Bantu Aspek
+ Kata Bantu Ragam
1. Pak
Husin sedang hendak mengambil wuduk.
2. Razif
belum hendak pulang ke rumahnya
kerana hendak menghabiskan kerjanya.
Kata Bantu Ragam
+ Kata Bantu Aspek
1. Hamdiah
mesti akan tiba sebentar lagi.
2. Nasser
harus sudah makan malam.
Di samping itu, dalam binaan ayat yang merangkumi
frasa adjektif, elemen-elemen kata bantu dapat membantu mendukung pelbagai
maksud. Sila lihat ayat contoh yang berikut ini.
Kata Bantu +
Kata Adjektif
1. Pekebun
itu masih
kuat mengerjakan ladangnya.
2. Budak
yang diserang leukimia itu sudah kurus kerana hilang selera
makan.
Kata Bantu +
Kata Penguat + Kata Adjektif
1. Fizikal
kanak-kanak yang berusia lima tahun itu masih agak kecil berbanding
dengan
kanak-kanak seusianya.
2. Belum
terlalu lewat untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada kaum Cina pada
hari
ketiga Tahun baru Cina.
Kata Bantu +
Kata Adjektif + Kata Penguat
1. Encik
Rahmat memberitahu kawannya bahasa masih awal sangat untuk
meramalkan
pasukan bola sepak yang akan menjuarai Piala Malaysia tahun ini.
2. Pesakit
barah itu sudah baik betul setelah
doktor menggunakan kaedah baharu
untuk
mengubatinya.
Kata bantu +
Kata Adjektif + Kata Adjektif
1. Walaupun
tinggal di Kenya selama 10 tahun, Amira masih putih mulus dan
ceria.
2. Pak
Mat dan Mak Minah masih riang gembira menyambut anak mereka pulang
walaupun
mereka dalam keadaan uzur.
Dalam ayat
songsang, unsur kata bantu boleh dikehadapankan bagi tujuan penegasan dalam
konstituen predikat. Sila lihat contoh ayat yang berikut ini.
Pendepanan Kata
Bantu dengan Kata Kerja
1. a) Para atlet itu / masih berlatih.
b) Masih
berlatih / para atlet itu.
2. a) Pengantin perempuan belum tiba.
b) Belum
tiba pengantin perempuan.
Pendepanan Kata
Bantu dengan Kata Adjektif
1. a) Buah itu belum tentu segar.
b) Belum
tentu segar buah itu.
2. a) Masjid Negara masih utuh lagi.
b) Masih
utuh lagi Masjid Negara.
*Unsur kata bantu boleh juga hadir dalam binaan
frasa sendi nama dan beberapa unsur kata yang lain. Perhatikan ayat
contoh yang berikut ini.
Kata Bantu +
Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Ayat Komplemen
1. Sharifah
telah ke Singapura untuk menziarahi
sepupunya.
2. Pasukan
MERCY akan ke China / untuk membantu
mangsa banjir di sana.
Kata Bantu +
Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Keterangan
1. Orang
tua itu masih di tepi tasik setiap senja.
2. Abang
Nizam akan ke bawah rumah dengan
sepupunya.
Dalam binaan frasa sendi nama di atas, kehadiran
unsur kata sendi nama dan frasa nama adalah wajib manakala kehadiran
unsur-unsur kata nama arah, ayat komplemen dan keterangan digunakan secara
pilihan (boleh digugurkan jika tidak diperlukan)
*Binaan frasa kerja yang menggunakan unsur
kata bantu dapat dilihat dalam ayat yang berikut ini.
Kata Bantu +
Kata Kerja Transitif + Objek + Keterangan
1. Encik
Zul akan mengusahakan perniagaan
peralatan kesihatan di bandar Maran,
Pahang.
2. Puan
Asmah hendak membincangkan permasalahan
bahasa rojak dalam Seminar
Bahasa Melayu Antarabangsa.
Kata Bantu +
Kata Kerja Tak Transitif + Pelengkap + Keterangan
1. Hasiah
masih tinggal di Muar, Johor dengan Noor
Rehan.
2. Saiful
sedang berwirid di dalam kamar.
Kata Bantu +
Kata Kerja Tak Transitif + Ayat Komplemen + Keterangan
1. Wan
Lijah telah berjaya untuk mendapat markah
cemerlang dalam temu duga itu.
2. Encik
Norman telah berjaya dalam peperiksaan
Penilaian Tahap Kecekapan
baru-baru ini.
Kesimpulannya, penggunaan kata
bantu aspek dan kata bantu ragam yang menjadi elemen penting bagi frasa kerja
dalam binaan ayat bahasa Melayu banyak membantu pengguna bahasa untuk
menghasilkan ayat yang gramatis dan bermakna serta jelas penyampaiannya.
Pengguna bahasa yang komited dan celik tatabahasa dapat memartabatkan bahasa
Melayu dalam aspek morfologi, sintaksis dan leksikon sama ada dalam pertuturan
mahupun penulisan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan