1. Ayat
Gabungan
Ayat gabungan
terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata
hubung.
Contoh:
Nani dan
Nora ke perpustakaan.
Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.
Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila
ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul.
Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
1. Mereka akan
melancong ke Pulau Tioman
atau Pulau Langkawi?
|
1. Mereka akan
melancong ke Pulau Tioman
atau ke Pulau Langkawi?
|
2. Saya tidak
pasti sama ada Nora tinggal di
Jelutong
atau Sg. Ara.
|
2. Saya tidak
pasti sama ada Nora tinggal di
Jelutong
atau di Sg. Ara.
|
3. Baik yang
kaya atau miskin semuanya
mampu
berjaya.
|
3. Baik yang
kaya atau yang miskin
semuanya mampu
berjaya.
|
4. Hadiah ini
untuk Mira bukan Mirza.
|
4. Hadiah ini
untuk Mira bukan untuk
Mirza.
|
5. Jangankan
membeli kereta, motosikal pun
saya tidak
mampu.
|
5. Jangankan
membeli kereta, membeli
motosikal pun
saya tidak mampu.
|
2. Ayat Pancangan
Ayat pancangan
ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya
dipancangkan pada ayat yang satu lagi.
Contoh:
a.
Kereta Pak Dollah itu terbabas.
Contohnya:
Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:
i. Kereta
itu terbabas.
ii. Kereta
itu kereta Pak Dollah.
b. Walaupun miskin, keluarga Mak Bedah bahagia.
Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut ini:
i. Keluarga
Mak Bedah miskin.
ii. Keluarga
Mak Bedah bahagia.
Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku
apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya.
SALAH
|
BETUL
|
1. Rumah itu di atas bukit tidak ada
penghuninya.
|
1. Rumah di atas
bukit itu tidak ada
penghuninya.
|
2. Bangunan itu yang tinggi ialah Menara
Kuala Lumpur.
|
2. Bangunan yang
tinggi itu ialah Menara
Kuala
Lumpur.
|
Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga
kerana tidak ada kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan
klausa utama.
Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
1. Kami berdoa
kamu berjaya.
|
1. Kami berdoa agar
kamu berjaya.
|
2. Semua orang
tahu dia anak Dato’ Zain.
|
2. Semua orang
tahu bahawa dia anak
Dato’Zain. |
3. Ayat Tergantung
Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat.
Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak
predikat di belakang.
Contoh: Budak
itu /
menangis.
Farhana /
jatuh ke dalam longkang.
Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan
predikat di depan.
Contoh: Siapakah /
gadis itu.
Itulah /
teman saya.
Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat
disebut sebagai ‘ayat tergantung’.
SALAH
|
BETUL
|
1. Di seluruh negara dilanda banjir.
|
1. Seluruh
negara dilanda banjir.
|
2. Dengan kehadiran tuan akan menyerikan
majlis ini.
|
2. Kehadiran
tuan akan menyerikan majlis
ini.
|
3. Banyak
pelajar lelaki yang lulus dengan
baik.
|
3. Banyak
pelajar lelakilah yang lulus
dengan baik.
|
4. Ada pihak
membangkang cadangan itu.
|
4. Ada pihak yang membangkang cadangan
itu.
|
5. Dia yang datang kelmarin.
|
5. Dia datang kelmarin.
|
6. Mengetahui
hal itu saya membatalkan
rancangan.
|
6. Setelah mengetahui hal itu, saya
membatalkan rancangan.
|
7. Kesan
kemelesetan ekonomi
pengangguran
meningkat.
|
7. Sebagai kesan kemelesetan
ekonomi,
pengangguran
meningkat.
|
8. Turut
menghadiri majlis itu ialah Menteri
Pelajaran.
|
8. Yang turut menghadiri majlis itu
ialah
Menteri Pelajaran.
|
9. Apakah perlu
kita lakukan sekarang?
|
9. Apakah yang perlu kita lakukan
sekarang?
|
10. Siapa kata saya berbohong?
|
10. Siapakah yang
mengatakan saya
berbohong?
|
11. Peserta-peserta lulus
saja akan dipilih.
|
11. Peserta-peserta yang lulus sajalah yang
akan dipilih.
|
12. Daripada bukti-bukti ini jelas
menunjukkan
bahawa dia bersalah.
|
12. Bukti-bukti
ini jelas menunjukkan
bahawa dia
bersalah.
|
13. Mengikut beliau menyatakan bahawa
perompak bersenjata api sudah itu
tumpas.
|
13. Beliau
mengatakan bahawa perompak
bersenjata
api itu sudah tumpas.
|
14. Yang manakah betul?
|
14. Yang manakah yang
betul?
|
15. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut.
|
15. Butiran mesyuarat adalah seperti yang
berikut.
|
5. Ayat yang Tidak Betul Susunannya
Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk
bahasa menjadi salah atau tidak baku.
SALAH
|
BETUL
|
Ini hari Azizah tidak datang.
|
Hari ini
Azizah tidak datang.
|
Buku ini saya tidak mahu membaca.
|
Saya tidak mahu membaca buku ini.
|
Yang melukis gambar ini Zainallah.
|
Yang melukis gambar ini Zainal.
|
Yang memukul awak siapakah?
|
Yang memukul awak siapa?
|
Itu pen dakwat sudah habis.
|
Pen itu
sudah habis dakwat.
|
Nora dan Nani baik berkawan.
|
Nora dan Nani berkawan baik.
|
Majalah itu saya tidak menyimpannya.
|
Saya tidak menyimpan
majalah itu.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan