IMBUHAN
‘meN-...-kan’ DAN ‘meN-...-i’
Imbuhan apitan meN-, meN-...-kan dan
meN-...-i akan membentuk kata kerja transitif yang memerlukan objek atau penyambut sebagai unsur
predikatnya.
1. Kata Kerja apitan
‘meN-...-kan’ dan ‘meN-‘
meN-...-kan = 2 objek (objek tepat
dan objek sipi)
meN- = 1
objek dan frasa keterangan
contoh: Pah Tijah membuatkan [Pak
Mansor] [secawan kopi]
objek
tepat objek sipi
Pah Tijah membuat
[secawan kopi] untuk Pak Mansor.
Objek tepat frasa keterangan
Imbuhan
meN-...-kan
|
Imbuhan
meN-
|
Naseer
mencarikan Pak Zul akar Tongkat
Ali.
|
Naseer
mencari akar Tongkat Ali untuk Pak
Zul
|
Ibu
memasakkan bapa bubur kacang.
|
Ibu
memasak bubur kacang untuk bapa.
|
Nazimah
menjahitkan Hanif sehelai baju.
|
Nazimah
menjahit sehelai baju untuk Hanif.
|
Min
membelikan Syarifah senashkah
majalah.
|
Min
membeli senashkah majalah untuk
Syarifah.
|
Kekecualian:
Terdapat
kekecualian bagi rumus di atas bagi kata dasar beri dan ajar yang
menerima imbuhan apitan meN-...-kan dan
meN-
Contoh: Kakak memberikan segelas air [kepada
adik.]
Objek frasa keterangan
Kakak memberi adik [segelas air.]
Objek tepat objek sipi
Kakak mengajarkan Matematik kepada adik.
Kakak mengajar adik Matematik.
2. Kata kerja meN-...-
kan dan meN-...-i dari segi kedudukan objek tepat dan objek sipi.
- Kedua-dua jenis imbuhan ini boleh
digabungkan dengan kata dasar yang sama.
- meN-...-kan akan diikuti oleh objek
tidak bernyawa (benda)
- imbuhan meN-...-i pula akan
menerima 2 objek (objek tepat [objek bernyawa] dan objek sipi)
Contoh: Baginda mengurniakan [hadiah] kepada pembesar
istana itu.
KKT Objek
Frasa keterangan
Baginda mengurniai [pembesar istana itu] [hadiah].
KKT objek tepat objek sipi
Imbuhan
meN-...-kan
|
Imbuhan
meN-...-i
|
Puan
Zu menghidangkan ayam goreng
kepada kami.
|
Puan
Zu menghidangi kami ayam goreng.
|
Sultan
Kedah menganugerahkan bintang
kehormatan kepada Perdana Menteri.
|
Sultan
Kedah menganugerahi Perdana
Menteri bintang kehormatan.
|
Ketua
kampung menghadiahkan basikal
kepada murid miskin.
|
Ketua
kampung menghadiahi murid miskin
sebuah basikal.
|
3. Kata kerja
meN-...-kan dan meN-...-i dari sudut makna (semantik).
Dari
segi semantik iaitu makna,
perkataan dasar yang bergabung dengan imbuhan meN-...-kan atau meN-...-i juga membawa pengertian makna yang tidak sama. Oleh itu, rumus-rumus yang
diterangkan di atas tidak boleh digunakan untuk kata dasar yang tidak sama dari
segi makna apabila bergabung dengan imbuhan meN-...-kan dan meN-...-i. Contoh
perkataan-perkataan itu adalah seperti yang berikut ini.
Kata
dasar
|
Imbuhan
apitan: meN-...-kan dan meN-...-i
|
turun
|
menurunkan – menuruni
|
masuk
|
memasukkan – memasuki
|
serta
|
menyertakan – menyertai
|
kahwin
|
mengahwinkan – mengahwini
|
jalan
|
menjalankan – menjalani
|
naik
|
menaikkan - menaiki
|
Contoh ayat:
Pemandu teksi itu menurunkan penumpang di hadapan bangunan itu. (menyuruh
penumpang turun)
Bas yang sarat dengan penumpang itu menuruni jalan yang curam itu
dengan lajunya. (turun melalui jalan yang curam).
- Ibu memasukkan garam secukup
rasa ke dalam gulai ayam itu. (membawa
masuk garam, mengisi garam)
Siti
akan memasuki acara lumba
lari 100 meter. (mengambil bahagian dalam
acara lumba lari)
- Bapa menyertakan wang tunai
bersama-sama dengan surat itu. (mengirimkan
wang tunai bersama-sama, mengembarkan wang tunai bersama-sama)
Murid-murid
itu akan menyertai acara
larian maraton di Kuala Lumpur. (mengikut
serta, mengikuti acara larian).
- Pak Abu hendak mengahwinkan anak
perempuannya dengan anak orang kaya itu. (menjadikan anaknya berkahwin)
Pak
Abu mengahwini janda muda itu
setelah isterinya meninggal dunia. (berkahwin
dengan janda muda)
- Para doktor
bertungkus lumus menjalankan
pembedahan itu. (melaksanakan
pembedahan)
Pak
Hassan telah selamat menjalani
pembedahan jantung di Institut Jantung Negara. (mengalami atau melalui pembedahan jantung).
- Ahli Pengakap itu menaikkan bendera Malaysia
semasa perhimpunan sekolah. (menjadikan
bendera naik)
Beberapa
orang murid berebut-rebut untuk menaiki
bas yang penuh dengan penumpang itu. (naik
bas)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan