Salam Ukhuwah


Selasa, 4 Disember 2012

DARJAH PENGHABISAN


1.1              se + kata adjektif + gandaan + kata nama
Contoh:
a.       Setinggi-tinggi gunung, tinggi lagi hasrat kami.
b.      Sebijak-bijak budak itu, akhirnya tertipu juga.
c.       Faridlah sebaik-baik sahabat yang pernah saya kenali.

1.2              ter + kata adjektif
Contoh:
a.       Aminlah murid yang terpandai di dalam kelas ini.
b.      Liza antara gadis yang tercantik di kampong ini.
c.       Jambatan Pulau Pinang ialah jambatan yang terpanjang di Asia.

1.3              paling + kata adjektif
Contoh:
a.       Antara adik-beradiknya, Fifilah yang paling cerdik.
b.      Kita mesti mencari jalan penyelesaian yang paling baik.
c.       Menara Berkembar Petronas ialah bangunan yang paling tinggi di Malaysia.

1.4              kata adjektif + sekali
Contoh:
a.       Perniagaan Encik Sulaiman maju sekali.
b.      Sedap sekali ayam goreng ini.
c.       Suasana di dalam dewan ini meriah sekali.

1.5              ter + amat, sangat + kata adjektif
Contoh:
a.       Raja itu teramat baik terhadap rakyat baginda.
b.      P. Ramlee seorang seniman agung yang teramat masyhur.
c.       Kek yang tersangat lazat ini pernah saya makan.
d.      Shamimi tersangat baik sehingga kami begitu sayang kepadanya.

1.6              amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali
Contoh:
a.       Peserta larian itu amat cergas sekali.
b.      Kain songket di kedai itu sungguh halus sekali.
c.       Suara penyanyi itu sangat merdu sekali.


2.         Kesilapan kata penguat darjah penghabisan.
           
SALAH
BETUL
paling terbaik sekali
baik sekali
paling terbaik
paling baik
paling tercantik sekali
cantik sekali
paling tercantik
paling cantik
paling termasyhur
paling masyhur
paling masyhur sekali
masyhur sekali
paling terpandai sekali
pandai sekali
terindah sekali
terindah
terpandai sekali
terpandai
tertinggi sekali
tertinggi
terendah sekali
Terendah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan