1. Tanda baca ialah
simbol atau tanda yang digunakan untuk memberri isyarat kepada pembaca supaya
melakukan sesuatu dalam bacaan.
2. Ia diletakkan di
temapt-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.
3. Tanda baca utama
ialah :
Tanda Noktah atau titik
( . )
Tanda
koma
( , )
Tanda tanya atau
soal ( ? )
Tanda
seruan
( ! )
Tanda sempang atau
sengkang ( - )
Tanda noktah
bertindih
( : )
Tanda pengikat kata atau
petik ( “ “ )
Huruf Besar
Penggunaan
|
Contoh
ayat
|
a) digunakan bagi huruf pertama
kata pada setiap ayat.
|
a)Rumah itu di atas bukit.
b)Persembahan itu belum tamat.
|
b) digunakan sebagai huruf pertama
petikan langsung.
|
a)“Adik kamu mana ?” tanya Jamil.
b)Abang bertanya, “Betulkah awak
tidak mahu pergi ?”
|
c) digunakan sebagai huruf pertama
dalam ungkapan yang berhubung dengan kitab suci dan nama Alllah, termasuk
kata ganti untuk Allah
|
a)Yang Maha Pengasih,
b)Ampunilah hamba-mu.
c)Semoga Engkau menerima doa kami.
|
d) digunakan sebagai huruf pertama
gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang diikuti nama orang
|
a)Haji Abdul Ghabur
b)Nabi Muhamad S.A.W
|
e) digunakan sebagai huruf pertama
untuk nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang
|
Profesor Ahmad Hashim
Sarjan Major Kamarudin , Tengku
Iskandar
|
f) digunakan diawal nama khas
|
a) Sharipah, Ipoh, Terengganu,
Bank Negara
|
g) digunakan sebagai huruf pertama
nama bangsa, suku bangsa, dan bahasa
|
a)bangsa Melayu
b)orang Minangkabau
|
h) digunakan sebagai huruf pertama
bagi nama rasmi badan, lembaga pemerintah, serta nama dokumen rasmi kecuali
kata hubung
|
a)Lembaga Urusan Tabung Haji
b)Dewan Bahasa dan Pustaka
c)Semenajung Tanah Melayu
|
2.1 Tanda Titik atau
noktah.
Tanda
titik digunakan...
|
Contohnya
|
(a), pada akhir ayat yang
bukan
pertanyaan atau seruan
|
(a) Kereta ini baru dibeli.
(b) Esok ibu akan ke Kuala Lumpur.
|
(b) pada akhir singkatan
nama orang
|
Y.A.B. (Yang Amat Berhormat),
En. (Encik)
|
(c) sebelum tanda penutup kata
(")
dalam cakap ajuk
|
Kata kakak, "Bunga itu sudah
layu:"
|
(d) untuk menunjukkan angka
perpuluhan
|
5.4, 30.2, 1 19.8
|
2.2 Tanda Koma (,)
Tanda
koma digunakan...
|
Contohnya
|
(a)bagi mengasingkan kata yang
berturut-turut dalam satu ayat
|
(a) Ibu membeli ikan, sayur, dan
daging.
(b) Abu, Kumar, dan Zaidi pergi ke
Muar.
|
(b)di belakang kata seru
|
(a) Amboi, merahnya baju kamu !
(b) Eh, Azmi rupanya !
|
(c)untuk menandakan tempat
berhenti
sebentar.
|
Berikan surat ini kepada ibumu,
Ali.
|
(d) di belakang kata penghubung
pada
awal ayat
|
... Oleh sebab itu, awak diminta
hadir.
... Jadi, awak tidak mengaku
bersalah?
|
(e)untuk memisahkan unsur-unsur
dalam ayat yang berbeza-beza
|
Rumah itu besar, tetapi tidak
cantik
Katakan saya ke bandar, jika dia
datang.
|
(f)sebelum tanda pembuka kata
(") dan
penutup kata (") dalam cakap
ajuk
|
Ravi berkata, "Ini suratnya,
encik."
"Terima kasih," jawab
Encik Abu.
|
2.3 Tanda Tanya (?)
Tanda
tanya digunakan...
|
Contohnya
|
(a) pada akhir ayat tanya
|
Bilakah adik kamu akan bersekolah?
|
(b) pada akhir ayat tanya sebelum
tanda penutup kata (")
|
"Apa yang kamu lihat?"
tanya Jimmy.
|
2.4 Tanda Seru (!)
Tanda
seru digunakan...
|
Contohnya
|
(a) sesudah penyataan yang
berupa seruan,
perintah, atau rasa emosi yang kuat
|
(a) Wah, perbuatan awak
sudah
melampau!
(b) Siapkan kerja itu
segera!
|
2.5 Tanda Titik
Bertindih (:)
Tanda
titik bertindih digunakan...
|
Contohnya
|
(a) pada akhir sesuatu
penyataan
apabila diikuti oleh rangkaian
|
Barang-barang yang perlu dibawa
adalah seperti berikut: parang, sabit, dan cangkul
|
(b) untuk memberi
penjelasan atau
memperkenalkan sesuatu
|
Tarikh: 3 April 2000
Masa: 2.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan
|
2.6 Tanda Koma Bertitik (;)
Tanda
koma bertitik digunakan
|
Contohnya
|
(a) untuk memisahkan bahagian-bahagian
ayat
yang sejenis dan setara
|
Giginya sakit; dia tidak mahu ke
klinik.
|
(b) pada baris pertama pantun
dua erat
|
Ada ubi ada batas;
Ada budi ada balas.
|
(c) pada baris kedua pantun
empat kerat
|
Kalau ada jarum patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
|
2.7 Tanda Sempang (-)
Tanda
sempang digunakan...
|
Contohnya
|
(a) untuk menyambungkan kata
yang diulang dan
kata ganda
|
murid-murid,
riuh-rendah
|
(b) untuk
merangkaikan:
i) se dengan kata yang berikutnya yang
dimulai dengan huruf besar
|
seMalaysia, seTanah Melayu
|
ii. ke- dengan angka
iii. angka dengan –an
|
kali yang ke-10,
tahun 1960-an
|
(c) memisahkan huruf kecil
daripada
huruf besar
|
rahmat-Mu,
hamba-Nya,
sinar-X
|
2.8 Tanda Petik
("...")
Tanda
petik digunakan
|
Contohnya
|
(a) untuk mengapit petikan langsung
|
"Saya belum makan ibu,"
kata adik.
|
(b) pada jadual rencana, karangan, novel,
puisi, dan
sebagainya
|
Novel "Esok Masih Ada"
memenangi
hadiah pertama.
|
|
Ringkasan
|
Contoh
ayat
|
Huruf Besar
1. Digunakan pada permulaan
sesuatu ayat atau selepas tanda noktah.
2. Digunakan untuk menulis Kata
Nama Khas
3. Digunakan pada awal menulis
cakap ajuk dan selepas tanda tanya dalam ikatan cakap ajuk.
4. Digunakan selepas tanda seruan.
|
a. Ibu memasak
nasi.
b. Tan seorang
budak yang pemalu. Dia baru pindah ke sini.
a. Amin, ketua Kelas
Enam Mawar baru balik dari kampungnya di Dungun.
b. Ahmad membaca
buku bertajuk “Bukit Rahsia” yang ditulis oleh Idris Rahman.
a. Dengan lantang ibu berkata “
Bangun, kemu sudah terlewat ke sekolah.”
b. “Bilakah awak
hendak ke pekan ? Hari inikah ?” tanya Burhan.
a. Amboi, cantiknya baju dia ! Di mana
dia membelinya ?
|
Tanda noktah atau titik ( .)
1. Digunakan untuk mengakhiri
sesuatu ayat yangbukan seruan atau pertanyaan.
2. Digunakan untuk menulis huruf
ringkas atau kependekan.
|
a. Dia baru pulang dari sekolah.
a. Kami melawat R.T.M.
a. Bapanya dianugerahkan pingat
P.J.K. oelh Sultan Terengganu.
|
Tanda koma ( , )
1. Digunakan untuk memisahkan
unsur-unsur yang sama dalam sesuatu ayat
2. Digunakan selepas kata seruan.
3. Digunakan untuk memisahkan
cakap ajuk daripada bahagian lain dalam ayat.
4. Digunakan di belakang pada kata
penghubung pada awal ayat.
|
a. Abang pergi ke kedai membeli
tepung, gula, bawang, biskut, roti , dan susu.
a. Wah, bijak betul budak itu !
a. Cikgu Asrul berkata, “Tolong
ambilkan buku kuning itu.”
b. “Biarkan dia lakukan sendiri
kerja itu,” pesan ibu.
a. Oleh itu, kita mesti bertindak
dari sekarang.
b. Jadi, dia pun lari dari situ.
|
Tanda Tanya atau soal ( ? )
Digunakan untuk menamatkan ayat
soal.
|
Pukul berapa dia pergi ke sana ?
|
Tanda Seruan ( ! )
Digunakan di hujung ayat-ayat
seruan.
|
a. Oh, awak rupanya yang mengetuk
pintu tadi !
b. Eh, bila kamu sampai !
|
Tanda Sempang atau Sengkang ( - )
1. Digunakan untuk menulis kata
ganda.
2. Digunakan untuk merangkaikan
huruf kecil dengan huruf besar.
3. Digunakan untuk merangkaikan
awalan ke depan angka atau nombor.
4. Digunakan untuk merangkaikan
angka dengan akhiran -an.
|
a. Gunung-ganang, lauk-pauk,
bukit-bukau, kuda-kuda
b. rahmat-Nya, Se-Malaysia,
anti-Amerika, Insya-Allah.
a. Ke-60, ke-10
b. Mereka menyambut ulang tahun
perkahwinan yang ke - 5.
a. 60-an, 70-an, 80-an, 90-an
b. Irama Pop Yeh-Yeh terkenal pada
tahun 60-an.
|
Tanda Noktah Bertindih ( : )
1. Digunakan untuk menambahkan
penjelasan dalam sesuatu ayat.
2. Digunakan untuk menggantikan
maksud iaitu.
3. Digunakan untuk memisahkan
watak dengan dialog dalam sesuatu perbualan.
4. Digunakan untuk menerangkan
sesuatu dalam ayat.
|
a. Kamu mesti belajar
bersungguh-sungguh: Jika tidak berpelajaran, kita akan di pandang hina.
b. Kita mesti membantu orang yang
dalam kesusuhan : sikap yang disukai masyarakat
a. Cikgu : Mengapa awak tidak
datang ke sekalah semalam ?
Sani : Saya
tidak sengaja. Saya lewat bangun.
a. Di dalam beg ini ada :
i- buku
ii- pensil
iii- pembaris
iv- pemadam
|
Tanda Koma Bertindah ( ; )
1. Digunakan untuk memisahkan
bahagian ayat yang setara dengan keadaannya.
2. Digunakan untuk memisahkan
bahagian-bahagian ayat yang menggunakan kata hubung.
|
a. Bawakan barang-barang ini dan
berikan kepada Pak Yusof ; cangkul, sabit dan penggali.
b. Kami semua lulus dalam ujian
matematik ; Manisah 80 merkah, Tina 82 markah dan saya sendiri 88 markah.
a. Dia seorang budak yang baik ;
kami semua sayang kepadanya.
b. Buktikan kepandaian kamu ;
kalahkan pasukan mereka.
|
Tanda Pengikat Kata atau Petik ( “
“ )
1. Digunakan untuk menulis cakap
ajuk.
2. Digunakan untuk menulis nama
buku, majalah, cerita, sajak, lagu dan sebagainya dalam sesuatu ayat.
|
a. “Saya hendak pergi ke
perpustakaan,” kata Ghani.
b. Adnan berkata, “Sayalah pemain
yang menjaringkan gol itu.”
a. Cikgu Hashimi menulis sebuah
buku bertajuk, “Penggunaan Tatabahasa dalam U.P.S.R.”
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan