1.
Kata perintah
ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menimbulkan gerak balas yang berupa
tindakan.
Ayat perintah berfungsi sebagai ayat yang bermaksud suruhan,
permintaan, silaan ataupun larangan.
2. Contoh
kata perintah:
a.
Suruhan – tolong
b.
Permintaan –
minta, harap
c.
Silaan – sila,
jemput
d.
Larangan –
jangan, usah.
2.
Contoh
penggunaan kata perintah dalam ayat:
a.
Tolong kembalikan buku cerita saya.
b.
Minta semua peserta bersedia.
c.
Harap saudara faham masalah saya.
d.
Sila masuk.
e. Jemput
makan.
e.
Jangan berdiri di situ.
f.
Usah kamu fikirkan kisah yang sudah berlalu.
3.
Kesilapan
3.1 penggabungan kata perintah.
a.
Sila jangan merokok di kawasan ini. (X)
b.
Tolong jangan bising di dalam perpustakaan. (X)
c.
Harap jangan memijak rumput ini. (X)
d.
Jangan merokok di kawasan ini. (√)
e.
Jangan bising di dalam perpustakaan. (√)
f.
Jangan memijak rumput ini. (√)
*Imbuhan
meN- pada kata kerja transitif harus digugurkan dalam ayat perintah.
*Imbuhan
awalan kata kerja tak transitif harus dikekalkan dalam ayat perintah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan