Salam Ukhuwah


Rabu, 5 Disember 2012

KATA PARTIKEL


Kata partikel atau kata penegas berfungsi untuk memberikan penekanan kepada frasa predikat atau bahagian-bahagiannya.
-lah,  -tah,  dan –kah

Penggunaan kata penegas dalam ayat.

Dalam bahasa bertulis, unsur yang ditegaskan atau difokuskan dalam sesuatu ayat harus dikedepankan.
SALAH
BETUL
Mereka datang bilakah?
Bilakah mereka datang?
Anaknya pintarkah?
Pintarkah anaknya?
Gerangan gadis itu siapakah?
Siapakah gerangan gadis itu?
Komputer baharuku itulah.
Itulah komputer baharuku.
Kunciku manatah?
Manatah kunciku?
Usaha kita sia-sialah.
Sia-sialah usaha kita.

Penulisan kata penegas pun

Penulisan kata penegas pun tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.
SALAH
BETUL
Kakakpun hendak pergi ke bandar.
Kakak pun hendak pergi ke bandar.
Saya tidak akan mengaku kalah biar pun keletihan.
Saya tidak akan mengaku kalah biarpun keletihan.

Sudah ditetapkan bahawa tiga belas (13) patah kata seperti yang berikut ini perlu ditulis serangkai (dicantumkan) dengan kata partikel pun, iaitu:

adapun                        andaipun                     ataupun                       bagaimanapun
biarpun                       kalaupun                      kendatipun                  lagipun
mahupun                     meskipun                     sekalipun                     sungguhpun
walaupun

Kata penegas pun ditulis terpisah daripada perkataan yang mendahuluinya jika pun bermaksud:
a)      juga           - Adik pun ingin pergi ke pasar.
b)      bahkan      - Berjalan pun dia tidak boleh, apatah lagi berlari.
c)      biar            -Betapa sukar pun projek itu, dia tetap akan meneruskannya.
d)     menguatkan pokok ayat    - Tidak ada seorang pun calon yang gagal dalam peperiksaan itu.
e)      turutan   -Selepas itu, pasukan polis pun bertindak.
f)       Penguat kata ganti tak tentu         - Sesiapa pun boleh masuk.

Contoh kata penegas lain:
jua, juga, sahaja, lagi, memang dan hanya.

Selain itu, terdapat kata penegas yang bebas dari segi kehadirannya dalam ayat.
Contoh:
            Adik juga ingin pergi ke Sabah.
            Adik ingin juga pergi ke Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan