1. KATA
NAFI : tidak - bukan
·
Kedua-duanya
ialah kata nafi. Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi untuk
frasa-frasa predikat.
tidak
|
bukan
|
Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.
|
Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi
nama.
|
Bapanya tidak
pergi ke pejabat hari ini.
|
Makanan itu bukan
untuk Ali tetapi untuk Aminah.
|
Kenyataan yang diberinya itu tidak benar.
|
Projek itu
bukan usaha yang saya lakukan.
|
Nota:
·
Kata
nafi bukan boleh juga hadir
sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung
maksud pertentangan maklumat.
Contoh: Pak Abu bukan kaya sangat tetapi pemurah
orangnya.
Dia bukan hendak belajar tetapi
hendak bermain sahaja.
2. kerana -
sebab
·
kerana
ialah kata hubung manakala sebab
ialah kata nama.
kerana
|
sebab
|
Zainal tidak pergi ke sekolah kerana dia demam campak.
|
Pihak tertuduh gagal memberikan sebab dia tidak bersalah.
|
Nota:
Perkataan sebab boleh dijadikan sebagai
kata hubung dengan meletakkan perkataan oleh
di hadapannya menjadi oleh sebab.
Perlu diingat bahawa kata hubung kerana
yang memang merupakan kata hubung tidak boleh diletakkan perkataan oleh untuk menjadikannya sebagai
kata hubung. Oleh itu, frasa oleh
kerana adalah salah.
Contoh kesalahan
ayat:
Abu ditangkap oleh pihak polis sebab mencuri di pasar raya. (X)
Abu ditangkap oleh pihak polis kerana mencuri di pasar raya. (√)
Oleh
kerana hujan, kami
terpaksa berteduh di bawah pokok itu. (X)
Oleh
sebab hujan, kami
terpaksa berteduh di bawah pokok itu. (√)
3. dalam - di
dalam
dalam
|
di dalam
|
Merupakan kata
sendi nama yang hadir di hadapan kata nama yang membawa pengertian tempat
yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
|
Merupakan kata
arah hadir di hadapan kata nama yang mmerujuk kepada tempat yang
mempunyai ruang atau jarak.
|
1.
Kita semua
bersetuju dalam hal ini.
|
1. Banyak
pelajar masih berada di dalam
kelas itu.
|
2.
Kita harus fasih
bertutur dalam bahasa Melayu.
|
2. Beberapa
orang pemburu telah sesat di
dalam hutan yang tebal itu.
|
3.
Perkara itu telah
dibincangkan dalam mesyuarat yang
lalu.
|
3. Buku-buku
itu terletak di dalam meja
saya.
|
Contoh ayat yang salah:
Saya tidak terlibat di dalam urusan perniagaan itu. (X)
Aminah masih berada dalam kelas itu. (X)
4. antara
- di antara
antara
|
di antara
|
Kata sendi nama yang tidak membawa maksud yang
mempunyai ruang dan jarak.
Contoh:
·
Tidak ada
perbezaan yang besar antara pendapat
saya dengan pendapatnya.
·
Pelajar itu
sedang berbincang antara mereka.
|
Kata arah yang digunakan untuk maksud arah yang
mempunyai ruang dan jarak.
Contoh:
·
Tambak Johor
terletak di antara negeri Johor
dengan negara Singapura.
·
Saya dapat menikmati
pemandangan yang indah sepanjang perjalanan di antara Pulau Pinang dengan Kelantan.
|
5. bagi
- untuk
·
Pada
umumnya kata bagi dan untuk ialah kata sendi nama yang
digunakan secara bervariasi antara satu sama lain.
·
Asrama
itu dibina untuk pelajar-pelajar
miskin. (√)
·
Asrama
itu dibina bagi pelajar-pelajar
miskin. (√)
Nota
:
Dalam
penggunaan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan kata untuk tidak boleh ditukar ganti dengan
kata bagi.
Contoh:
·
Hadiah
itu pemberian khas daripada ibu untuk
saya. (√)
·
Hadiah
itu pemberian khas daripada ibu bagi saya.
(X)
6. dapat
- boleh
dapat
|
boleh
|
Kata bantu yang digunakan dalam ayat yang menyatakan
maksud ada keupayaan atau berupaya.
|
Kata bantu yang digunakan dalam ayat yang menyatakan
maksud keizinan atau kebenaran.
|
1. Jalan itu
tidak dapat dilalui kerana banjir.
|
1. Kanak-kanak
mahupun orang dewasa
tidak boleh berbohong.
|
2. Saya tidak
dapat memenuhi
permintaannya
yang melampau itu.
|
2. Ahmad tidak
boleh menghadiri majlis itu
kerana
terpaksa menolong ibunya di
rumah.
|
7. berasa
- merasa
Berasa bermakna mempunyai rasa manakala merasa pula bermakna menikmati
rasa.
Berasa mesti digunakan di
hadapan kata adjektif,
manakala merasa digunakan di
hadapan kata nama.
berasa
|
merasa
|
Ahmad berasa kecewa
dengan keputusan pertandingan itu.
|
Ibu ingin merasa
kari ayam yang telah dimasak oleh ayah.
|
Seluruh badan Pak Samad berasa sakit setelah bekerja sehari suntuk.
|
Bapa saya pernah merasai
keperitan hidup pada zaman pemerintahan Jepun.
|
Gulai ikan itu berasa
sangat masin akibat terlebih garam.
|
Aminah merasai
kesakitan yang teruk akibat kemalangan itu.
|
8. ialah
- adalah
ialah
|
adalah
|
Kata pemeri yang digunakan di hadapan kata nama.
|
Kata pemeri yang digunakan di hadapan kata sendi nama dan kata adjektif.
|
Contoh:
Cikgu Nor ialah guru
Bahasa Melayu saya.
Menara Berkembar Petronas ialah bangunan yang tertinggi di dunia.
|
Contoh:
Langkah kerajaan itu adalah untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Anak Puan Aminah adalah
sangat comel.
|
Nota:
Kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata
nafi.
Contoh:
Siswazah
yang baru lulus itu ialah bukan
berasal dari Pulau Pinang. (X)
Siswazah
yang baru lulus itu bukan
berasal dari Pulau Pinang. (√)
Arahan
itu adalah bukan untuk semua
pegawai. (X)
Arahan
itu bukan untuk semua
pegawai. (√)
- Kata pemeri
boleh wujud dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif
Berita
yang disebarkan itu adalah
tidak benar. (√)
- Kata pemeri
tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.
Adalah
dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan esok. (X)
Dengan
ini dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan esok. (√)
9. banyak
- ramai
banyak
|
ramai
|
Kata adjektif yang digunakan untuk menunjukkan bilangan
yang lebih daripada satu khasnya untuk manusia, benda dan binatang.
Contoh:
Banyak pelajar yang
tidak datang ke sekolah hari ini kerana banjir.
Banyak kanak-kanak
suka akan makanan yang manis.
|
Digunakan untuk menunjukkan suasana dan keadaan meriah,
tidak sunyi, bising, dan riuh rendah.
Contoh:
Suasana majlis hari jadi itu menjadi riuh-rendah
apabila ramai orang yang
menjerit-jerit.
Ramai kanak-kanak
yang melompat-lompat semasa menyaksikan persembahan penyanyi itu.
|
Contoh
ayat yang salah:
- Ramai pelajar tidak hadir ke sekolah kerana sakit mata. (X)
- Banyak pelajar tidak hadir ke sekolah kerana sakit mata. (√)
- Jennifer Lopez
mempunyai ramai peminat di
Malaysia. (X)
- Jennifer Lopez
mempunyai banyak peminat di
Malaysia. (√).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan