Definisi: Proses
merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu.
Bentuk-bentuk kata
majmuk:
1.
Kata
Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
Contoh:
gambar rajah
|
kuning langsat
|
biru laut
|
jalan raya
|
luar biasa
|
merah muda
|
tengah hari
|
jam tangan
|
kapal terbang
|
nasi minyak
|
bandar raya
|
bom tangan
|
alat tulis
|
meja tulis
|
terima kasih
|
kipas angin
|
*kategori ini juga
termasuk gelaran
Perdana Menteri,
Ketua Menteri, Raja Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor Madya, Penolong
Pendaftar, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara.
2.
Kata
Majmuk berbentuk istilah khusus.
Contoh;
garis pusat
|
kertas kerja
|
cari gali
|
pita suara
|
darah panas
|
reka bentuk
|
model linear
|
mata pelajaran
|
kanta lekap
|
segi tiga
|
batu kapur
|
|
atur cara
|
kemas kini
|
3.
Kata
Majmuk berbentuk kiasan (peribahasa)
Contoh:
kaki ayam
|
pilih kasih
|
duit kopi
|
kaki bangku
|
makan angin
|
buah tangan
|
manis mulut
|
anak emas
|
buah hati
|
berat tangan
|
Bentuk ejaan kata majmuk yang telah mantap dieja sebagai
satu perkataan.
antarabangsa
|
kerjasama
|
suruhanjaya
|
beritahu
|
olahraga
|
tandatangan
|
bumiputera
|
matahari
|
tanggungjawab
|
jawatankuasa
|
setiausaha
|
warganegara
|
kakitangan
|
sukarela
|
pesuruhjaya
|
Terdapat juga golongan kata tertentu yang telah lazim
dieja bercantum.
Contohnya:
a.
Kata nama
|
peribadi, peribahasa,
perikemanusiaan, dinihari, hulubalang
|
b.
Kata adjektif
|
sukacita, dukacita
|
c.
Kata sendi nama
|
kepada, daripada
|
d.
Kata hubung
|
apabila, barangkali,
manakala, darihal, apakala, padahal, walhal, kadangkala
|
e.
Kata tanya
|
bagaimana
|
Penggandaan
Kata Majmuk
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur
pertama sesuatu kata sahaja.
Contohnya:
Tunggal
|
Jamak
|
alat tulis
|
alat-alat tulis
|
gambar rajah
|
gambar-gambar
rajah
|
balai raya
|
balai-balai raya
|
kapal terbang
|
kapal-kapal terbang
|
Menteri Besar
|
Menteri-menteri
besar
|
suku kata
|
suku-suku kata
|
garis pusat
|
garis-garis pusat
|
Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap;
penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya:
Tunggal
|
Jamak
|
pesuruhjaya
|
pesuruhjaya-pesuruhjaya
|
warganegara
|
warganegara-warganegara
|
tandatangan
|
tandatangan-tandatangan
|
jawatankuasa
|
jawatankuasa-jawatankuasa
|
setiausaha
|
setiausaha-setiausaha
|
Pengimbuhan
kata majmuk
a )
Kata
Majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap
terpisah.
Contohnya:
campur
aduk - bercampur
aduk
ambil
alih - mengambil alih
daya
serap - daya serapan
ulang
kaji - mengulang kaji
b)
Kata
majmuk yang menerima imbuhan apitan, ejaannya dieja secara bercantum.
Contohnya:
campur
aduk - mencampuradukkan
ambil
alih - pengambilalihan
daya
serap - kedayaserapan
ulang
kaji - pengulangkajian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan